Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai untuk tidak bimbang mengenai kebocoran maklumat daripada mana-mana pihak kerana hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mengeluarkan data peribadi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata vendor swasta bagi sistem kementerian tidak mempunyai pengetahuan terhadap sebarang maklumat mengenai data individu kerana ia telah diselaraskan.
"Hak untuk memberikan data hanya ada pada agensi, dalam kes ini Jabatan Pendaftaran. Jadi jangan bimbang mengenai kebocoran maklumat kerana mereka hanyalah vendor yang tidak diberikan hak untuk memberikan data.
"Hanya Kementerian Dalam Negeri ada hak untuk memberikannya (data)," katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan dengan masyarakat India di Bagan Datuk di Dewan India Sanmarka di sini, pada Jumaat.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa KDN akan menyemak akses keselamatan vendor dan kontraktor dalam bidang sensitif.
Ini susulan penahanan dua pegawai daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lepas atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Dua tokoh korporat itu, termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif sebuah GLC, direman enam hari sehingga 25 Jan untuk membantu siasatan terhadap dakwaan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata KDN mempunyai prosedur operasi standard sendiri selain mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan untuk pembekal dan vendor.
"Jika mereka (vendor) tidak berkelayakan untuk melakukan sesuatu atau tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam terma kontrak, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka termasuk ditamatkan kontrak.
"Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam perkara ini," katanya, sambil menambah kementerian turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat isu itu. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
Ahmad Zahid berkata KDN mempunyai prosedur operasi standard sendiri selain mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan untuk pembekal dan vendor. - Gambar fail
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.
Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.