awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya penduduk asli dibenar memburu untuk kegunaan sendiri, bukan diperdagang - SFC

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2020
08:08 MYT
Hanya penduduk asli dibenar memburu untuk kegunaan sendiri, bukan diperdagang - SFC
Antara potongan bahagian haiwan liar yang dirampas SFC di Julau pada 13 November lepas. - Foto Astro AWANI
KUCHING:Pemburuan hidupan liar termasuk spesis yang tidak dilindungi hanya dibenarkan kepada penduduk asli di kawasan penempatan mereka bagi tujuan penggunaan sendiri tetapi tidak boleh dijual atau diperdagangkan.
Ini kerana penjualan hidupan liar dan spesis yang tidak dilindungi adalah tidak dibenarkan seperti termaktub di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Menurut kenyataan dikeluarkan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), ia merupakan kesalahan yang boleh dihukum berdasarkan peraturan untuk menjual atau membeli daging binatang buas.
“Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 tidak membenarkan penjualan hidupan liar termasuk spesis yang tidak dilindungi yang diambil dari hutan.
“Ini untuk memastikan bahawa masyarakat luar bandar terus mendapat makanan yang mereka perlukan. Kajian juga menunjukkan bahawa perdagangan hidupan liar di bandar adalah penyebab penurunan populasi hidupan liar,” kata kenyataan itu.
Di bawah ordinan itu, penjualan dan pembelian sebarang hidupan liar atau produk hidupan liar tanpa lesen adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman RM5,000 kepada penjual dan RM2,000 kepada pembeli.
Kenyataan dikeluarkan sebagai respon kepada sebuah artikel yang diterbitkan akhbar tempatan berbahasa Inggeris bertarikh 20 November 2020 yang berjudul "Don’t be strict on Kapit folk who sell wild boar meat” dan 23 November 2020 berjudul “Give leeway to wild boar meat sellers in Kapit”.
Artikel itu memetik Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang menggesa agar kelonggaran diberikan kepada mereka yang turut terkesan akibat penularan COVID-19.
Katanya, undang-undang harus diguna pakai kepada mereka yang memburu hidupan liar yang dikategorikan sebagai spesis terancam dan bukan kepada mereka yang memburu binatang lliar seperti babi hutan dan katak.
Tedahulu pada 13 November 2020, SFC berjaya menahan dua warga tempatan di Julau dan Sibu Jaya kerana memiliki 31 kilogram daging rusa, 6.9 kilogram organ dalaman rusa dan 5.5 kilogram bahagian Musang Binturong.
Seorang lagi warga tempatan ditahan kerana memiliki tujuh kilogram daging landak dan seorang lelaki dari Kapit yang memiliki 37 kilogram daging babi hutan.
Kesemua mereka disyaki melakukan pemerdagangan haiwan liar untuk dijual di luar Kapit.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Kapit
#Sibu
#hidupan liar
#SFC
#BINTURONG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan