awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya pertemuan biasa saya dan Hajiji - Bung Moktar

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
05/05/2023
07:57 MYT
Hanya pertemuan biasa saya dan Hajiji - Bung Moktar
Bung Moktar dan Hajiji kelihatan cukup mesra dalam pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu sejak UMNO menarik diri daripada kerajaan negeri Sabah pada 6 Januari lalu. - Foto media sosial.
KOTA KINABALU: Spekulasi mengenai perdamaian di antara UMNO Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mula kedengaran selepas tersebar gambar Datuk Seri Bung Moktar Radin bersalaman dengan Datuk Seri Hajiji Noor.
Pertemuan yang berlangsung di Seri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah pada Khamis itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid membisikkan sesuatu ke telinga Hajiji dalam kunjungannya di Seri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. - Foto media sosial
Ahmad Zahid membisikkan sesuatu ke telinga Hajiji dalam kunjungannya di Seri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. - Foto media sosial
Bung Moktar ketika dihubungi Astro AWANI bagaimanapun berkata ia bukan pertemuan politik, sebaliknya sekadar kunjungan bagi menziarahi Hajiji yang baru selesai menjalani pembedahan membuang batu karang.
Turut kelihatan di dalam gambar-gambar yang tersebar itu, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berserta beberapa pimpinan UMNO lain.
"Tiada apa-apa, saya dan presiden (Ahmad Zahid) hanya menziarahi Ketua Menteri yang sedang menjalani proses penyembuhan dari pembedahannya.
"Memang ada kami lawat, selepas program Majlis Aidilfitri UMNO Sabah," jelas Ketua UMNO Sabah itu.
Beberapa pemimpin UMNO Sabah turut serta dalam pertemuan bersama Hajiji. - Foto media sosial
Beberapa pemimpin UMNO Sabah turut serta dalam pertemuan bersama Hajiji. - Foto media sosial
Pertemuan ini dipercayai yang pertama di antara Bung Moktar dan Hajiji sejak krisis pentadbiran negeri Sabah yang menyaksikan UMNO Sabah menarik diri daripada kerajaan pada 6 Januari lalu.
Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerjanya di Sabah pada Khamis berkata situasi politik di negeri berkenaan perlu distabilkan demi kepentingan rakyat.
Beliau turut mencadangkan supaya jawatan-jawatan yang ditiadakan supaya dikembalikan semula atas persefahaman di antara parti-parti politik yang mendokong kerajaan perpaduan di Sabah.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Bung Moktar Radin
#Hajiji Noor
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan