KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.
Justeru katanya masyarakat tidak perlu bimbang dan sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan itu untuk menjalankan siasatan telus berkaitan kes-kes jenayah melibatkan pegawai dan anggotanya.
Menurut Razarudin setiap anggota polis sentiasa diselia oleh penyelia masing-masing dan Polis Diraja Malaysia mempunyai kaedah sendiri untuk mengendalikan pegawai dan anggotanya termasuk menangkap mereka yang terlibat jenayah.
"Dalam 137,000 keanggotaan polis, tidak sampai dua peratus pun polis melakukan kesalahan tatatetib atau terlibat jenayah kerana mereka ini diselia pegawai atasan.
"Sebagai contoh, 15 minit sebelum bertugas mereka (anggota polis) akan diberikan taklimat 'roll call' oleh penyelia, begitu juga dengan penggunaan pistol.
"Taklimat 'roll-call' dalam kalangan anggota polis bertujuan mengelakkan perbuatan menyeleweng daripada tugas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal yang disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, pada Selasa lepas.
Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata dua anggota polis peronda berkenaan turut ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.
Ketua Polis Negara itu juga berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara agar menyelia pegawai dan anggota masing-masing.
"Takkanlah disebabkan dua anggota polis yang bermasalah in (menyamun dan merogol penuntut), saya perlu menukar modul pengajaran polis?," katanya.
Razarudin berkata di dalam perkhidmatan polis, banyak prosedur dan pelbagai arahan mesti dipatuhi setiap pegawai dan anggota antaranya perlu mengangkat sumpah supaya tidak terlibat dengan dadah dan lain-lain aktiviti jenayah.
"Walaupun mereka ini telah mengangkat sumpah dan telah diselia, sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya.
Bagaimanapun Razarudin menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang terlibat dengan jenayah.
Katanya sebarang perlakuan jenayah melibatkan pegawai dan anggota polis akan disiasat secara telus dan berharap masyarakat memberi kepercayaan penuh kepada polis.
"Sebagai contoh, anggota polis yang dituduh melanggar seorang pelajar sekolah menengah sehingga maut, kita tidak berselindung dan dakwa dia (anggota polis terlibat) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, jadi memang tiada kompromi," katanya.
Pada Disember lepas, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut melibatkan pelajar Tingkatan Lima berhampiran sebuah sekolah menengah di Meru, Ipoh.
Mengenai empat anggota polis yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri, Razarudin berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk menjalankan ujian saringan air kencing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Razarudin berkata, masyarakat tidak perlu bimbang, sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada polis. - Gambar fail
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Sarjan polis mengaku tidak bersalah rogol pelajar Tingkatan Empat
Sharil Amir membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Hanya segelintir pegawai, anggota polis bermasalah, terlibat jenayah - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.