TUMPAT: Seorang mangsa kebakaran rumah di Kampung Dalam Rhu mendakwa hanya sempat mencapai sehelai kain pelikat yang digunakan untuk sembahyang sebelum enam kediaman di sini terbakar pada Sabtu.
Abdul Razak Deraman, 74, berkata, kejadian berlaku selepas dia selesai menunaikan solat Zohor.
Menurut Abdul Razak, ketika itu dia terdengar bunyi letusan api sebelum membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya nampak kepulan asap hitam dari rumah jiran dan mendapati rumahnya terbakar.
“Saya terus bergegas mencapai dompet berisi kad pengenalan dan sempat mengambil kain pelikat yang digunakan untuk sembahyang sebelum itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, kejadian pada jam 1.40 tengah hari tersebut turut memusnahkan rumah anak tirinya, Muslina Mohd Ismail, 48, yang terletak berdekatan.
Dia yang tinggal bersendirian mendakwa tidak sempat menyelamatkan barangan lain miliknya.
“Penduduk kampung cuba untuk memadamkan kebakaran namun api marak dengan pantas kerana cuaca panas dan berangin.
“Rumah kami berkedudukan rapat, semua mangsa di keenam-enam rumah yang terbakar hanya sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Abdul Razak yang menjalankan perniagaan nasi itu berkata, reda dengan kejadian dan menerimanya sebagai ujian daripada ALLAH SWT pada bulan Ramadan.
Anggota bomba memadamkan api yang masih bersisa dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Tumpat.
Dia memaklumkan akan menumpang tinggal di rumah anak saudaranya di daerah sama buat sementara waktu.
“Semua milik ALLAH dan kejadian ini pun atas kehendak-Nya,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Ahmad Ramadan Johari, 25, berkata, dia menyedari kejadian apabila terhidu bau asap selepas menunaikan solat Zohor.
“Bila buka tingkap nampak api pada dinding rumah jiran menyebabkan saya menjerit untuk memberitahu jiran lain.
“Saya sempat capai beg galas kerana sangka ada pakaian di dalamnya rupa-rupanya baju berada di dalam mesin basuh yang turut hangus dalam kebakaran tersebut,” katanya.
Ahmad Ramadan berkata, dia tinggal di rumah tersebut bersama isteri, dua anak dan ibu bapanya namun ketika kejadian hanya berseorangan di rumah.
“Nasib baik orang lain semua keluar ke Kota Bharu dan tidak berada di rumah.
“Buat masa ini, kami menumpang di rumah jiran dan tidak dapat bayangkan bagaimana hendak menyambut Aidilfitri nanti tanpa ada tempat tinggal,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 09 2022
Mangsa kebakaran, Abdul Razak Deraman, 74, menunjukkan rumahnya yang terbabit dalam kebakaran enam rumah pada Sabtu. -Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.
Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.
PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.
Jeritan jiran selamatkan nyawa 17 penghuni
Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin.
Macam dalam 'oven'.. Mangsa kebakaran Kg Gas, Batu Sapi tak sanggup lagi tinggal dalam kontena
Daripada 100 keluarga, difahamkan hanya tinggal 27 keluarga berada di kontena ketika ini.