awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya siasatan dapat buktikan siapa dalang pencemaran Sungai Semenyih - Noh Omar

Bernama
Bernama
01/11/2016
14:48 MYT
Hanya siasatan dapat buktikan siapa dalang pencemaran Sungai Semenyih - Noh Omar
Kesan tumpahan campuran minyak yang telah membeku dipercayai minyak diesel, minyak hitam dan minyak kelapa sawit berpunca daripada kemalangan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit. - Foto BERNAMA
Hanya siasatan secara terperinci dapat membuktikan dalang yang terlibat dalam isu pencemaran Sungai Semenyih, kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.
Noh berkata beliau tidak mahu menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak dalam isu itu.
"Kita minta penyiasatan secara terperinci dibuat dan pada dasarnya kerajaan negeri kena lebih bertanggungjawab kerana kuasa jaga sungai ini semua melibatkan kuasa kerajaan negeri.
"Jadi kerajaan negeri jangan nak tuding jari kepada orang lain. Bagi saya apa pun, penyiasatan harus dibuat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tuduhan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang dilapor berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan "kecenderungan unsur sabotaj" oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.
Azmin turut dilaporkan berkata, laporan polis telah dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.
"Kalau dulu saya masih lagi ingat, ada sahaja masalah air yang jadi kambing hitam Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd), tapi hari ini mereka dah ambil alih pengurusan air, dia tak boleh salahkan syabas, dia nak salahkan UMNO pulak.
"Ini saya kata budaya bangau oh bangau," kata Noh. - Bernama
Topic Berkaitan
#dalang
#Noh Omar
#pencemaran
#Selangor
#siasatan terperinci
#Sungai Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan