NEW YORK: Tatkala semakin banyak syarikat mengembangkan operasi ke Malaysia atau meningkatkan pelaburan sedia ada mereka, pihak berkuasa perlu menghapuskan kerenah birokrasi dan menambah baik urusan untuk menjalankan perniagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata beliau kecewa kerana dalam beberapa kes, proses membuat keputusan masih lagi lambat dan lewat dan ini memberi kesan kepada syarikat yang merancang untuk melabur di Malaysia.
"Sesetengah syarikat yang menemui kami berkata masih ada kelewatan dalam memberi kelulusan. Saya sangat kecewa apabila mendengarnya kerana kami telah memberi arahan yang jelas dan kita tidak boleh berlengah," katanya pada sidang media di akhir lawatan empat hari beliau ke New York sempena menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Anwar berkata, Malaysia berada dalam era dan dunia yang sangat kompetitif.
"Jika anda tangguh enam bulan, negara lain akan memberi kelulusan dalam masa dua bulan. Kita akan terlepas peluang disebabkan oleh sikap itu...tetapi untuk berlaku adil, kita telah melakukan yang terbaik di sini kerana kakitangan bekerja sepanjang masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar (pertemuan dengan pelabur,)" katanya.
Perdana Menteri berkata arahan telah diberikan kepada menteri dan agensi yang berkaitan untuk memastikan semua permohonan diputuskan dengan cepat, termasuk kelulusan untuk pelaburan atau pengeluaran visa.
Sementara itu Anwar berkata, syarikat aeroangkasa terbesar dunia, Boeing, yang telahpun memiliki kilang mengeluarkan sayap di Malaysia memaklumkan hasrat untuk mengembangkan pelaburannya dengan mengeluarkan sayap dan bahagian-bahagian bagi semua jenis pesawat.
"Ini adalah satu keputusan yang sangat besar untuk Malaysia. Dengan keputusan ini, hampir semua sayap dengan bahagian-bahagian akan dikeluarkan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata beberapa syarikat utama Amerika Syarikat (AS) lain seperti ConocoPhillips, AWS, Google, Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, and Kimberly-Clark juga akan mengembangkan operasi mereka atau menyatakan hasrat untuk melebarkan sayap ke Malaysia.
Selain itu, semasa lawatannya ke sini, Anwar juga mengumumkan bahawa dua syarikat elektrik dan elektronik utama AS bersedia untuk mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.
Menurutnya, kejayaan ini adalah hasil kerja keras oleh pelbagai kementerian dan agensi terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik pelaburan.
Semasa kunjungan Perdana Menteri ke Invest Malaysia New York, di sini, beliau juga bertemu presiden dan ketua pegawai kewangan Google, Ruth Porat, presiden global Boeing, Dr Brendan Nelson, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Medtronic, Geoff Martha serta pengarah urusan global Siemens Healthcare Tisha Boatman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media hari terakhir selepas menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini. - Foto Bernama

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember - Anwar
Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Anwar menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pendaftaran, tuntutan kredit eMADANI RM100 bermula Isnin ini - PM Anwar
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi perdagangan - PM Anwar
Beliau berkata pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara.

Islam dan Konfusianisme: Malaysia mesti jadi contoh pembentukan era etika global - PM Anwar
Islam dan konfusianisme masing-masing menekankan usaha mencari kedamaian dalaman dan luaran.