awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haram Syiah: Tak perlu bangkit pelanggaran hak asasi manusia - Jamil Khir

Bernama
Bernama
21/07/2013
00:44 MYT
Haram Syiah: Tak perlu bangkit pelanggaran hak asasi manusia - Jamil Khir
Soal pelanggaran hak asasi manusia tidak harus dibangkitkan mana-mana pihak berikutan keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah di negara ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata soal 'hak asasi manusia' sebenarnya mempunyai batas dan dalam konteks pengharaman ajaran Syiah, bukan hak asasi yang menjadi penekanan.
"Hak asasi ada batas, tidak semua sekali hendak guna nama hak asasi manusia sebab kalau bicara secara hak asasi manusia, bebas berbuat apa sahaja termasuklah membunuh, itu bukan hak asasi. Jadi dalam konteks kita hari ini, bukan hak asasi yang jadi penekanan.
"Dalam pentadbiran negara, kita ada hukum-hukum, termasuk mahkamah syariah, yang menentukan batas-batas untuk kita laksanakan hal-hal dan aktiviti masing-masing termasuk dalam hal mengatur keagamaan kita," katanya.
Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan dan penyerahan sumbangan amal jariah sempena sambutan ulang tahun ke-29 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai pengharaman ajaran Syiah di negara ini, dan menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#hak asasi
#Jamil Khir Baharom
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan