awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haramkan buku Tommy Thomas jika benar ada kesilapan fakta - UMMAH

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2021
10:57 MYT
Haramkan buku Tommy Thomas jika benar ada kesilapan fakta - UMMAH
UMMAH di setiap negeri juga akan membuat laporan polis di negeri masing-masing pada hari Jumaat dan Sabtu berkaitan buku karangan Tommy itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis mendesak pihak berkaitan menyiasat kesahihan fakta dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, sekiranya terbukti wujud kesilapan fakta dalam buku tersebut, UMMAH meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan buku tersebut.
Menurutnya, sekiranya benar ada kesilapan fakta dalam buku tersebut, ia bakal memberi mudarat besar kepada keselamatan negara.
“Kita minta jasa baik KDN, kalau perkara ini wujud (kesilapan fakta), kita minta buku ini diharamkan daripada diterbit, dimiliki dan dan dijual di dalam atau luar negara.
“Ini kerana buku itu ada segala rahsia kerajaan di dalamnya,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat.
Tegasnya, UMMAH di setiap negeri juga akan membuat laporan polis di negeri masing-masing pada hari Jumaat dan Sabtu.
Mohd Zai juga menggalakkan pihak lain yang disebut nama dalam buku tersebut untuk turut sama membuat laporan polis.
“Kita minta segala fakta dalam buku tersebut disahkan faktanya sama ada benar atau tidak benar. Jika tidak benar, tindakan pertama, buku itu mesti dihadkan.
“Pendakwaan mesti dibuat kerana cuba timbulkan keadaan yang boleh timbulkan kecelaruan dalam negara,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Ummah
#Buku
#Peguam Negara
#Tommy Thomas
#KDN
#kerajaan
#polis
#keselamatan
#haram
#mudarat
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan