Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat Malaysia dapat menerima kehadiran pelarian Syria yang akan ditempatkan serta diberi pekerjaan sementara di negara ini.
Menurutnya, mereka akan memulakan kehidupan baru sementara di negara ini sebelum pulang ke negara asal mereka.
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, kemasukan kedua bagi pelarian Syria ke Malaysia sedang diuruskan dengan kerjasama pihak Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, pengambilan rakyat Syria ke negara ini ditapis bagi menjaga keselamatan negara.
"Kemasukan mereka sedang diuruskan dan kerajaan bekerjasama dengan pihak UNHCR untuk bersama-sama bagi menentukan pelarian yang boleh masuk ke negara ini melalui 'Advanced Passenger Screening System' (APSS) sebagai langkah proaktif menghalang kemasukan penjenayah rakyat asing ke negara ini," katanya pada sidang media pelancaran 'Mini Mad Velocifero Malaysia' di Extreme Park, di sini, hari ini.
Tahun lepas, kerajaan mengumumkan akan menyediakan penempatan sementara bagi 3,000 pelarian Syria di negara ini berikutan krisis yang melanda negara itu.
Setakat ini, lima keluarga pelarian Syria telah berada di Malaysia.
Norsiah Mohd Ramli
Sat Feb 13 2016
Gambar fail Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima dua keluarga pelarian Syria yang tiba di Malaysia pada 8 Dis lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Harap rakyat Malaysia terima pelarian Syria - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat Malaysia dapat menerima kehadiran pelarian Syria yang akan ditempatkan serta diberi pekerjaan sementara di negara ini.