awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPV P.Pinang ambil sampel haiwan mati di Bukit Bendera

Bernama
Bernama
07/07/2025
14:45 MYT
JPV P.Pinang ambil sampel haiwan mati di Bukit Bendera
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang hari ini mengambil sampel haiwan mati yang dipercayai diracun dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera. - Foto PBBPP
GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang hari ini mengambil sampel haiwan mati yang dipercayai diracun dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera.
Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata kesemua sampel itu dihantar ke makmal JPV Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya termasuk mengesan sama ada diracun atau sebagainya.
"Pegawai JPV Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil sampel karkas dan dihantar ke makmal. Setakat ini tiada bahan lain ditemukan di situ kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membersihkan kawasan terlibat.
"Berdasarkan siasatan kami, kejadian berlaku pada 5 Julai dan karkas sudah autolisis serta tidak sesuai untuk dibedah siasat tetapi pegawai JPV tetap mengambil sampel untuk analisis lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan terdapat haiwan seperti anjing, kucing dan burung ditemukan mati dipercayai termakan makanan beracun di kawasan Bukit Bendera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPV Pulau Pinang
#ambil sampel
#haiwan
#Bukit Bendera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan