BERA: Harga barangan khususnya barangan keperluan harian seperti makanan yang dilaporkan meningkat mendadak sebelum ini dijangka akan stabil sepenuhnya awal tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penurunan harga itu antara lain disebabkan negara luar mula membuka sektor ekonomi masing-masing.
Menurut Ismail Sabri, walaupun rakyat Malaysia ada menternak ayam dan menanam sayuran tetapi makanan ayam serta baja dan racun masih diimport dari luar negara.
“Oleh kerana tidak ada pengeluaran jadi bila barang tu sikit permintaannya banyak tentu sahaja akan naik harga jadi kita percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila seluruh dunia pun dah membuka ekonomi masing masing jadi pengeluaran akan kembali normal dan insyaAllah saya percaya tahun depan awal tahun depan harga akan semakin dapat diturunkan," katanya.
Tambahnya bagi membantu golongan yang terkesan, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif.
Pelbagai program dan projek akan terus dilaksanakan kerajaan dalam usaha menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat bagi mengurangkan beban mereka.
Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Program Khatan Perdana Parlimen Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas Bera.
Kira-kira 350 kanak-kanak berumur antara lima dan 12 tahun dikhatankan secara percuma dengan setiap seorang mereka turut diberikan topi keledar sebagai cenderahati dalam program anjuran Pemuda UMNO Bera.
Astro Awani
Sun Dec 12 2021
Ismail Sabri (kanan) beramah mesra bersama penduduk yang hadir pada Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera di Dewan Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan, Bera, hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
Penjawat awam bimbang kenaikan gaji diikuti kenaikan harga barang
Kebanyakannya beranggapan, akan berlaku kenaikan harga barangan lagi pada Disember kelak.
KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.
Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan
Kamala Harris akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.
Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, maklumat struktur kos perniagaan tidak diketahui umum, justeru ia memerlukan pemantauan berkala pihak berkuasa.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.