awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
10/02/2026
07:12 MYT
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
(Dari kiri) Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani, Datuk Seri Tiong King Sing dan Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin pada sesi pelancaran Kempen ShopLAH by Malaysia Airports. -Facebook
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang meneliti rancangan untuk menurunkan harga runcit, termasuk di pusat jualan bebas cukai dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ringkasan AI
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang meneliti rancangan untuk menurunkan harga runcit, termasuk di pusat jualan bebas cukai dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan pelancong terhadap harga barangan di lapangan terbang yang dianggap tinggi.
  • Menurut King Sing, pengusaha kedai dan pusat jualan disyor untuk mempertimbangkan strategi meningkatkan jumlah jualan berbanding bergantung kepada harga tinggi kerana berpotensi mengekalkan keuntungan dalam jangka panjang.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan pelancong terhadap harga barangan di lapangan terbang yang dianggap tinggi.
“Kita promosikan makanan dari rakyat kita, semua bangsa di semua outlet, pelancong pun minta kalau boleh harga makanan di lapangan terbang diturunkan sedikit.
“Kalau boleh kita punya pelancong domestik daripada rakyat pedalaman rata-rata merasakan harga agak mahal, kadang-kadang mereka bawa keluarga datang jadi mungkin kita boleh pertimbang balik,” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Kempen ShopLAH by Malaysia Airports, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, pada Selasa.
Menurut King Sing, pengusaha kedai dan pusat jualan disyor untuk mempertimbangkan strategi meningkatkan jumlah jualan berbanding bergantung kepada harga tinggi kerana berpotensi mengekalkan keuntungan dalam jangka panjang.
Beliau menegaskan perkara itu bagaimanapun diserahkan kepada pihak pengurusan dan pihak berkepentingan untuk mengadakan perbincangan menyeluruh bagi mencari penyelesaian serta mekanisme terbaik, sekali gus memastikan harga kekal kompetitif selain pada masa sama pengalaman pelancong di lapangan terbang terus dipertingkatkan.
Topic Berkaitan
#KLIA
#MOTAC
#harga berpatutan
#pelancongan
#runcit
#Tahun Melawat Malaysia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan