Skip to main content

Teknologi

Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika

81770694561_Penggunaankecerdasa.jpg
Pekerja yang menggunakan AI pada awalnya mendapat manfaat dengan menyelesaikan tugas lebih cepat, namun kemudian terdedah kepada 'workload creep' apabila tugas bertambah dengan ketara selepas fasa teruja menggunakan teknologi baharu. -Foto hiasan
PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) kini menjadi amalan meluas dalam industri teknologi, malah ada syarikat yang menetapkan penggunaannya sebagai keperluan asas kerja harian.


Ringkasan AI
  • Penggunaan kecerdasan buatan (AI) meluas dalam industri teknologi, tetapi kajian terbaharu menunjukkan peningkatan produktiviti hasil penggunaan AI hanya bersifat sementara sebelum memberi kesan negatif kepada kesejahteraan pekerja.
  • Pekerja yang menggunakan AI pada awalnya mendapat manfaat dengan menyelesaikan tugas lebih cepat, namun kemudian terdedah kepada 'workload creep' apabila tugas bertambah dengan ketara selepas fasa teruja menggunakan teknologi baharu.
  • Peningkatan beban kerja menyebabkan pekerja mengalami keletihan kognitif, tekanan berpanjangan, dan risiko 'burnout', menafikan kepercayaan bahawa AI dapat mengurangkan beban kerja manusia dalam jangka panjang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Namun, satu kajian terbaharu Harvard Business Review mendapati bahawa peningkatan produktiviti hasil penggunaan AI hanyalah bersifat sementara, sebelum memberi kesan sebaliknya kepada kesejahteraan pekerja.

Kajian selama lapan bulan yang dijalankan di sebuah syarikat teknologi di Amerika Syarikat (AS) membabitkan kira‑kira 200 kakitangan mendedahkan bahawa pada peringkat awal, AI membantu pekerja menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas.

Ada yang sanggup bekerja lebih masa secara sukarela kerana merasakan AI memberi mereka keupayaan baharu untuk melakukan tugas yang sebelum ini dianggap mustahil.

Namun, penyelidik mendapati lonjakan produktiviti itu tidak mampan.

Selepas fasa teruja menggunakan teknologi baharu berlalu, pekerja mula menyedari bahawa tugas mereka bertambah dengan ketara.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘workload creep’, iaitu keadaan di mana pekerja mengambil lebih banyak tugasan kerana AI menjadikannya kelihatan mudah, sebelum akhirnya terbeban.

Apabila beban kerja meningkat, pekerja dilaporkan mengalami keletihan kognitif, tekanan berpanjangan serta kelemahan dalam membuat keputusan.

Hasilnya, mutu kerja menurun dan risiko 'burnout' meningkat — sekali gus menafikan tanggapan awal bahawa AI mampu mengurangkan beban kerja manusia.

Kajian itu menyimpulkan bahawa manusia bukan mesin; walaupun AI dapat mempercepatkan tugasan, kemampuan mental dan fizikal pekerja tetap mempunyai had.

Produktiviti yang melonjak tidak dapat dikekalkan apabila tekanan kerja meningkat melebihi kapasiti sebenar tenaga kerja. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kesan penggunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap produktiviti pekerja berdasarkan kajian terbaru Harvard Business Review?
    A: Peningkatan produktiviti hasil penggunaan AI hanya bersifat sementara sebelum memberi kesan sebaliknya kepada kesejahteraan pekerja.
  • Q: Apa yang dimaksudkan dengan fenomena 'workload creep' yang dinyatakan dalam kajian tersebut?
    A: 'Workload creep' merujuk kepada keadaan di mana pekerja mengambil lebih banyak tugasan kerana AI menjadikannya kelihatan mudah, sebelum akhirnya terbeban dengan tugas yang bertambah.
  • Q: Apakah risiko yang dihadapi pekerja apabila terlalu terbeban dengan kerja akibat penggunaan AI?
    A: Pekerja dilaporkan mengalami keletihan kognitif, tekanan berpanjangan, dan kelemahan dalam membuat keputusan, yang boleh meningkatkan risiko 'burnout' serta menurunkan mutu kerja.
  • Q: Mengapa kajian tersebut menyimpulkan bahawa walaupun AI dapat mempercepatkan tugasan, kemampuan mental dan fizikal pekerja tetap mempunyai had?
    A: Kajian menyimpulkan bahawa manusia bukan mesin, kerana walaupun AI dapat meningkatkan produktiviti, tekanan kerja yang melebihi kapasiti sebenar pekerja akan menjejaskan prestasi dan kesejahteraan mereka.
  • Q: Berdasarkan kajian di syarikat teknologi di AS, adakah penggunaan kecerdasan buatan (AI) memberikan kesan positif yang berkekalan kepada produktiviti pekerja?
    A: Tidak, lonjakan produktiviti yang dialami pada peringkat awal setelah menggunakan AI tidak dapat dikekalkan, malah berpotensi memberi kesan negatif kepada kesejahteraan pekerja dalam jangka masa panjang.



Advertisement

Must Watch Video