ROM: Harga gula dunia dilaporkan melonjak ke paras tertinggi sejak hampir 13 tahun, bulan lalu, berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), walaupun harga makanan dunia stabil secara keseluruhan bulan lalu, namun indeks harga gula FAO melonjak sebanyak 9.8 peratus berbanding Ogos.
FAO yang merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah itu adalah tertinggi sejak November 2010.
Menurutnya, indeks harga gula FAO kini meningkat selama dua bulan berturut-turut berikutan wujudnya kebimbangan yang semakin tinggi terhadap prospek bekalan global yang lebih ketat pada musim 2023 dan 2024.
Kata FAO, ia mencerminkan ramalan awal yang menunjukkan pola penurunan pengeluaran oleh pengeluar gula utama iaitu Thailand dan India, disebabkan keadaan cuaca yang lebih kering daripada biasa, dikaitkan dengan El Nino.
Tambah agensi PBB itu lagi, harga minyak mentah antarabangsa yang lebih tinggi juga menyumbang kepada kenaikan harga gula dunia.
El Nino, suatu corak iklim yang berlaku secara purata setiap dua hingga tujuh tahun, lazimnya dikaitkan dengan pemanasan suhu di permukaan lautan di tengah dan timur Lautan Pasifik tropika.
Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB, fenomena itu yang kebiasaannya bermula pada Julai, berterusan antara sembilan hingga 12 bulan.
Astro Awani
Fri Oct 06 2023
Pekerja di kilang gula mengangkat tebu yang ditebang ke sebuah traktor berdekatan di Maharashtra, India. - Foto REUTERS
ISWC 2024: The Road to Meaningful Retirement
Join us as we sit down with Balqais Yusoff, the Head of Department, Policy & Strategy at EPF, to discuss the future of retirement planning. Discover the strategies and insights on achieving a fulfilling retirement in the era of wearable technology.
AWANI Ringkas: Taktik terbaharu 'scammer' dapatkan butiran kewangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Muhammad Haqimi sedia galas tugas pengempur utama
Pemain berusia 21 tahun itu mahu terus membalas kepercayaan diberikan selepas aksi cukup positif bersama Pan Gon.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
AWANI Pagi: Boost - Pembiayaan Bertanggungjawab
Beyond Card, kad pra-bayar global pertama di Malaysia menawarkan kemudahan PayLater telah dilancarkan oleh Boost dengan kerjasama CelcomDigi dan Mastercard.
Jom ketahui keistimewaan Beyond Card oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Diana Boo menerusi #AWANIPagi pada 8.30 pagi Selasa ini, selain merebut pulangan tunai sehingga RM8 bagi pengguna baharu dengan menggunakan kod 'BEYONDAWANI'!
Jom ketahui keistimewaan Beyond Card oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Diana Boo menerusi #AWANIPagi pada 8.30 pagi Selasa ini, selain merebut pulangan tunai sehingga RM8 bagi pengguna baharu dengan menggunakan kod 'BEYONDAWANI'!
AWANI Pagi: Nasi Lemak ‘Meletop’ Di Shanghai
10 pendaki berjaya tamatkan Trans Titiwangsa V4, babit jarak 238km
Sepanjang pendakian, mereka menawan 63 puncak termasuk enam daripada tujuh gunung tertinggi di Semenanjung dengan ketinggian lebih 2,000 meter.
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
AWANI Pagi: Hari Puisi Malaysia- Mengangkat Martabat Kesusasteraan Tanah Air
Bagi individu yang minat akan kesusasteraan melayu tanah air, jangan lepaskan peluang menyaksikan AWANI Pagi bersempena sambutan Hari Puisi Malaysia yang disambut 13 Jun ini bersama Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI).
Thailand mahu tiru TH simpan tabungan untuk jemaah
Buat masa ini Thailand belum lagi melaksanakan inisiatif seperti itu untuk bakal dhuyufurrahman mereka.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino
Keadaan itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
Disenarai hitam serta-merta jika sekongkol manipulasi harga gula - KPDN
Salahuddin berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin
Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu.
MSM Malaysia minta kerajaan semak semula harga gula
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan untuk menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan.
Harga gula naik sejak 1 Mac disebabkan kenaikan harga import gula mentah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kejatuhan nilai Ringgit di peringkat global turut menjadi penyumbang kepada kenaikan tersebut.
Hapus subsidi gula, peniaga minuman ambil sikap 'tunggu dan lihat'
Tinjauan di kedai-kedai makan sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata peniaga yang ditemui masih belum lagi menaikkan harga minuman.