“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan

Rakaman itu merupakan sebahagian daripada jutaan fail yang didedahkan kepada umum pada Jumaat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Rakaman video temu bual yang baru didedahkan menunjukkan mendiang pesalah seksual, Jeffrey Epstein, memberi jawapan ringkas apabila ditanya sama ada beliau menganggap dirinya “syaitan itu sendiri”, dengan berkata: *“Saya ada cermin yang baik.”
Rakaman penuh berdurasi hampir dua jam itu memperlihatkan Epstein berdepan pelbagai soalan daripada seorang penemubual yang identitinya masih belum disahkan.
Pihak berkuasa juga tidak mengesahkan bila, di mana atau atas tujuan apa rakaman tersebut dibuat.
Dalam satu bahagian temu bual, Epstein disoal mengenai sumber kekayaannya, sebelum perbualan beralih kepada persoalan lebih berat termasuk sama ada beliau boleh diklasifikasikan sebagai “pemangsa seksual kelas tiga”.
Rakaman itu merupakan sebahagian daripada jutaan fail yang didedahkan kepada umum pada Jumaat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, susulan semakan semula dokumen berkaitan siasatan dan prosiding kes Epstein.
Pendedahan rakaman berkenaan sekali lagi mencetuskan perhatian meluas terhadap kes Epstein, yang sebelum ini berdepan pelbagai dakwaan berkaitan penderaan seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Epstein ditemui mati di sel penjara di New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan, dalam satu kes yang terus mencetuskan persoalan dan kontroversi di Amerika Syarikat serta peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


