awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/02/2024
03:00 MYT
Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL -  PM Anwar
Anwar (tengah) berucap pada Program Jualan Termurah Madani,di Lembah Makanan, Bandar Perda, Permatang Pauh, pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
PERMATANG PAUH: Kerajaan dijangka memuktamadkan harga kawalan beras dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) minggu hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, beliau yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Bagaimanapun, kata beliau, beberapa perincian membabitkan penjualan bahan asas itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan.
"Saya telah bagitau supaya mesyuarat NACCOL ditangguhkan dulu kerana ada hal lain yang mendesak ke minggu depan di mana kita boleh muktamadkan tentang harga beras... tak boleh rendah sangat, tapi saya yakin ia boleh dikurangkan dan kalau kita kata beli (kita kena tahu) daripada mana, kontraktor bagi pada siapa, untung banyak mana, kalau rugi tak ada org nak meniaga, untung ambil lah..tapi kalau tinggi sangat harga di pasaran, kita kurang sikit," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Program Jualan Termurah Madani,di Lembah Makanan, Bandar Perda, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Pengerusi NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini.
Syed Abu Hussin Hafiz yang mengetuai NACCOL berkata, penetapan harga siling baharu dan tetap ialah pada 19 Februari ini dan berada di pasaran pada 1 Mac.
Terdahulu, Anwar sempat menyantuni rakyat serta meninjau gerai jualan yang menjual pelbagai barangan keperluan basah dan kering termasuk beras 10 kilogram.
Topic Berkaitan
#harga beras
#NACCOL
#kos sara hidup
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan