KUALA LUMPUR: Harga minyak masak sawit tulen berbotol telah diturunkan antara 40 sen dan RM2, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut beliau, penurunan harga itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga minyak masak sawit tulen botol 1 kilogram (kg) hingga 5 kg.
Perintah ini, kata Nanta, mula berkuat kuasa pada 8 Oktober sehingga 7 November 2022.
Jelasnya, komitmen tersebut dizahirkan menerusi pelaksanaan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil (CPO).
“Sehubungan itu, kerajaan menerusi KPDNHEP telah menetapkan Harga Runcit Maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022,” ujar beliau dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Nanta berkata, harga baharu minyak masak adalah seperti berikut:
* Botol 5kg - daripada RM33.50 turun kepada RM31.50 (penurunan RM2)
* Botol 3kg – daripada RM21.10 kepada RM19.90 (penurunan RM1.20)
* Botol 2kg – daripada RM14.30 kepada RM13.50 (penurunan RM0.80)
* Botol 1kg – daripada RM7.50 kepada RM7.10 (penurunan RM0.40)
Beliau memberitahu, penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen kemasan botol diharap berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi
Dalam pada itu, Nanta berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.
Jelasnya lagi, sepanjang program itu berkuatkuasa sehingga ke hari ini, terdapat 13 kes peniaga yang cuba menaikkan harga minyak masak berbotol melebihi harga yang ditetapkan.
Firdaus Azil
Mon Oct 03 2022

Harga minyak masak sawit tulen berbotol telah diturunkan antara 40 sen dan RM2, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Gambar fail

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Harga minyak masak botol turun antara 40 sen hingga RM2 - Alexander Nanta
Penurunan harga minyak masak berbotol mula berkuat kuasa pada 8 Oktober sehingga 7 November 2022.