awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak mentah melonjak lebih 0.5 peratus susulan pengumuman sekatan AS

Bernama
Bernama
23/10/2025
13:20 MYT
Harga minyak mentah melonjak lebih 0.5 peratus susulan pengumuman sekatan AS
Sekatan terbaru itu menyasarkan dua syarikat minyak terbesar Rusia, Lukoil dan Rosneft, serta beberapa anak syarikat yang berpangkalan di Rusia. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus pada Khamis susulan pengumuman sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat minyak Rusia.
Pada 7.30 malam, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 5.46 peratus kepada AS$66.01 setong.
Pada Rabu, Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan bahawa sekatan terbaru itu menyasarkan dua syarikat minyak terbesar Rusia, Lukoil dan Rosneft, serta beberapa anak syarikat mereka yang berpangkalan di Rusia.
Ketua analisis geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, berkata kenaikan mendadak harga minyak susulan pengumuman itu mencetuskan kebimbangan pasaran bahawa eksport minyak mentah Rusia, terutamanya ke India, boleh jatuh menjunam.
"Sekatan terbaru AS terhadap pengeluar minyak terbesar Rusia itu menunjukkan peningkatan ketara yang belum pernah terjadi sebelumnya ini dalam kempen tekanan Washington terhadap Moscow.
"Ditambah dengan gelombang serangan baru-baru ini ke atas infrastruktur minyak Rusia, sekatan ini meningkatkan prospek gangguan besar terhadap pengeluaran dan eksport minyak mentah Rusia, sekali gus membawa risiko penghentian pengeluaran secara paksa," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Leon berkata keadaan geopolitik yang semakin kompleks boleh mengancam kesepaduan strategi Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) untuk meningkatkan bekalan secara beransur-ansur.
"Jika pengeluaran Rusia dikurangkan, Moscow akan mendapati ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi dan politik untuk menyokong peningkatan pengeluaran seterusnya dalam pakatan itu.
"Senario sedemikian boleh mencetuskan semula ketegangan dalam OPEC+, ketika negara anggota mempertimbangkan keperluan untuk kestabilan pasaran berbanding imperatif fiskal mereka sendiri dalam keadaan persekitaran yang semakin tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak mentah
#sekatan
#Amerika Syarikat
#syarikat minyak Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan