MALAYSIA
Harga minyak turun RM1.99 seliter hujung September, saya minta maaf ambil masa sedikit - PM Anwar

Anwar (foto) memohon maaf kerana mengambil masa untuk menurunkan harga minyak RON95, dan berjanji akan melaksanakannya sebelum akhir September 2025 dengan harga RM1.99 seliter. -Foto ihsan PMO
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengambil masa untuk menurunkan harga minyak (RON95).
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana mengambil masa untuk menurunkan harga minyak RON95, dan berjanji akan melaksanakannya sebelum akhir September 2025 pada harga RM1.99 seliter.
- Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada 18 juta pengguna termasuk belia dan pekerja gig, serta membantu mengurangkan pembaziran subsidi yang menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.
- Walaupun harga minyak mentah dunia menurun, harga pasaran RON95 tanpa subsidi kekal sekitar RM2.50 seliter, dan warga asing akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi.
"Ia akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig," kata Perdana Menteri dalam Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.
Menurut beliau lagi, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.
Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi petrol RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.
Meskipun harga minyak mentah dunia menunjukkan penyusutan tahun ini, harga pasaran RON95 tanpa subsidi kekal sekitar RM2.50 seliter — jauh lebih tinggi berbanding harga bersubsidi yang dinikmati rakyat.
Pada masa sama, tegasnya, warganegara asing perlu membayar petrol RON95 pada harga pasaran tanpa subsidi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami