NATIONAL

Harga rokok naik: "Bagi bisnes untuk peniaga vape?", soal netizen

Kohilah Sekaran 04/11/2015 | 06:32 MYT
Susulan kenaikan harga rokok mulai hari ini, rata-rata pengguna media sosial melahirkan perasaan tidak puas hati mereka di laman sosial.
Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia telah menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya, berkuatkuasa hari ini.

Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan Selasa kenaikan harga rokok ini mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat.

Susulan pengumuman itu, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa tidak puas hati di laman sosial sejak semalam.

Kebanyakan menyatakan bahawa kenaikan harga rokok hanya menambah beban dalam perbelanjaan seharian mereka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa tindakan ini hanya akan mengalakkan golongan remaja untuk menggunakan vape kerana ia lebih murah dan sekali gus memberi keuntungan kepada peniaga vape .

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun terdapat pandangan yang menyatakan bahawa tindakan ini diambil untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat, tetapi rata-rata pembeli rasa harga rokok tidak akan memberi kesan kepada mereka yang mempunyai keinginan yang kuat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun, ada pembeli yang berkata, dengan kenaikan harga rokok yang drastik ini, mereka terpaksa mengurangkan tabiat merokoknya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Harga baharu rokok adalah di antara RM15.50 hingga RM18.
#harga #naik #rokok #sosial #vape