awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung naik tiga sen

Bernama
Bernama
09/07/2025
09:45 MYT
Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung naik tiga sen
Harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.

Ringkasan AI
  • Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai 2025.
  • Harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
  • Penetapan harga berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kerajaan akan terus memantau pasaran serta mengambil langkah menjaga kebajikan rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Menurut kenyataan itu, penetapan kadar berkenaan berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia dan juga menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#diesel
#harga minyak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.