awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan

Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim

Bernama
Bernama
02/02/2026
04:40 MYT
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
UMT menjadi institusi pertama di negara ini yang memiliki kemudahan itu menerusi perolehan di bawah RMK-12 yang memfokus kepada pembangunan fasiliti termaju, kata Mohd Zamri. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh keupayaan dalam bidang penyelidikan marin dengan kemudahan peralatan berteknologi tinggi Wave Circulation Flume Channel (WCFC).
Naib Canselor, Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata, UMT menjadi institusi pertama di negara ini yang memiliki kemudahan itu menerusi perolehan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang memfokus kepada pembangunan fasiliti termaju, selaras dengan keperluan negara dan cabaran industri masa hadapan.
Beliau berkata, pemilikan kemudahan itu bukan sahaja menjadi satu pelaburan strategik universiti dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan inovasi marin negara, malah menaikkan kedudukan UMT sebagai pusat rujukan dalam bidang kejuruteraan marin serta industri maritim.
"Pentauliahan WCFC kepada UMT menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur akademik dan penyelidikan bertaraf dunia.
"Kemudahan itu bukan sahaja berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan UMT, malah menjadi platform penting untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri maritim dan luar pesisir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi menggalakkan kolaborasi antara disiplin kejuruteraan, sains marin dan alam sekitar, penggunaan WCFC akan dibuka kepada fakulti dan pusat tanggungjawab lain di UMT.
"Dalam aspek penyelidikan dan perundingan, kemudahan itu berupaya menyokong kajian seperti ujian rintangan kapal, eksperimen Planar Motion Mechanism (PMM), analisis sistem tambatan, pengangkutan sedimen, kejuruteraan pesisir dan hidraulik serta penyelidikan tenaga boleh diperbaharui marin.
"Secara keseluruhan perolehan WCFC dilihat sebagai satu lonjakan besar terhadap keupayaan eksperimen universiti, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai pusat kecemerlangan maritim dan lautan pada peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umt
#WCFC
#Wave Circulation Flume Channel
#penyelidikan marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.