[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Harga RON97 naik dua sen, RON95 kekal

Astro Awani 28/02/2020 | 10:09 MYT
Anggaran tanggungan subsidi Kerajaan bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020 adalah berjumlah RM6.12 juta.
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.40 seliter bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020.
Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan harga runcit diesel turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.14 seliter kepada RM2.13 seliter.
Dengan pengekalan harga runcit produk petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter, anggaran tanggungan subsidi Kerajaan bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020 adalah berjumlah RM6.12 juta.
#diesel #harga petroleum #petrol #RON95 #RON97 #subsidi