awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah

Bernama
Bernama
11/08/2021
09:58 MYT
Harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah
Kenyataan MOF itu menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga jualan petrol RON97 dan RON95 dan juga diesel kekal tidak berubah dengan masing-masing pada RM2.74, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 12 sehingga 18 Ogos.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan MOF itu menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#diesel
#Kementerian Kewangan
#APM
#Mekanisme Harga Automatik
#minyak
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan