Kerajaan Johor hari ini menyangkal dakwaan kenaikan harga rumah di negeri itu berpunca daripada pembelian oleh warga asing.
Sebaliknya kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi, kenaikan disebabkan banyak faktor termasuk harga tanah dan bahan binaan seperti simen, bata dan besi yang semakin meningkat.
Malah katanya bagi tempoh 10 tahun setakat Jun lepas, hanya 9,826 warga Singapura diberi kelulusan memiliki hartanah berbentuk kediaman dan rumah kedai di Johor.
Jumlah pemilikan hartanah oleh warganegara asing di negeri ini sentiasa dikawal mengikut peruntukan Bahagian 33 (A) Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Seksyen 433B undang-undang itu pula menetapkan warganegara asing hanya boleh memiliki hartanah selepas permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan negeri, katanya.
Beliau menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) pada sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan kewujudan spekulator asing yang bertindak membeli kediaman dan menjualnya dalam tempoh singkat untuk mendapat keuntungan mudah sehingga menyebabkan peningkatan harga.
Bagaimanapun katanya bilangan mereka tidak ramai dan kerajaan menangani perkara itu dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ayub yang ingina tahu sama ada kenaikan harga kediaman juga disebabkan kewujudan kegiatan spekulator asing.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga sedang menyemak semula Dasar Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Negeri Johor melalui penubuhan sebuah jawatankuasa kerja.
Semakan semula itu dilakukan dalam usaha mengekalkan kestabilan pertumbuhan pasaran hartanah di negeri ini dan mengekalkan kemasukan pelaburan asing selain meningkatkan hasil kerajaan negeri, katanya.
Beliau berkata dasar sedia ada menetapkan kepentingan asing hanya boleh memiliki hartanah bernilai RM500,000 ke atas dengan kuota tertentu iaitu 20 peratus bagi kediaman teres dua tingkat dan rumah jenis kluster dua tingkat, 30 peratus untuk rumah banglo sesebuah dan lot kosong bagi tujuan banglo, serta 50 peratus bagi kondominium, pangsapuri dan pangsapuri servis.
Bernama
Wed Aug 21 2013
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.