KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini, dengan penganut Hindu mengambil kesempatan cuaca baik di sebelah pagi untuk menyempurnakan upacara keagamaan di kuil di kawasan masing-masing.
Ceria dengan pakaian berwarna-warni, kesempatan bercuti pada hari perayaan itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga sambil menyediakan juadah enak dan mengunjungi saudara-mara serta sahabat handai, selain tidak kurang juga mengadakan rumah terbuka.
Di KUALA LUMPUR, kakitangan swasta, S. Dharviin, 33, yang bekerja di Kedah menyifatkan sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah kerana berkesempatan pulang ke kampungnya di Batu Caves di sini lebih awal, selain tidak perlu membayar tol atau dibelenggu dengan pandemik COVID-19
"Kali terakhir saya merasai suasana 'balik kampung' begini ialah sebelum saya mula bekerja di Kedah kira-kira lapan tahun lepas. Menu masakan yang saya dan keluarga hasilkan tahun ini juga sangat istimewa antaranya nasi daun pisang, idli dan muruku," katanya ditemui Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Bagi warga, Jepun Chifuyu Sugimoto, 31, pengalaman merasai sendiri sambutan Deepavali adalah sesuatu yang dinanti-nantikan selepas tertarik dengan penulisan artikel yang menyebut tentang 'perayaan berwarna-warni Malaysia' dalam sebuah majalah pelancongan.
Di PULAU PINANG, Kuil Muniswarar Jalan Baru dan Kuil Arulmigu Karumariamman Seberang Jaya di Butterworth adalah antara yang menjadi tumpuan penganut Hindu sejak 7 pagi bagi melaksanakan upacara keagamaan.
Pekerja swasta, K. Devan, 37, berkata dia pada mulanya risau dengan keadaan cuaca ,namun berasa lega apabila mendapati cuaca baik pagi ini.
Di PAHANG, penganut agama Hindu mula mengunjungi Kuil Sri Mariamman di Jalan Seri Kemunting, Kuantan sejak awal pagi dengan memakai pakaian berwarna-warni sempena perayaan berkenaan.
Di Alor Setar, KEDAH, pengunjung Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, S. Darshini, 34, berkata dia sekeluarga tidak pulang beraya di kampung di Teluk Intan, Perak tahun ini kerana neneknya mahu merasai pengalaman meraikan Deepavali di bandar.
Menurutnya seawal 7 pagi tadi, mereka sekeluarga telah tiba di kuil itu untuk bersembahyang dan persiapan untuk menyambut perayaan itu juga telah dibuat seminggu lebih awal dengan kuih dan hiasan kolum semuanya dihasilkan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bagi R. Ravindran, 26, dari Alor Janggus, perayaan tahun ini lebih meriah kerana ini merupakan tahun pertama dia menyambut Deepavali sebagai seorang suami selepas berkahwin dengan isterinya N. Nandhini, 24, pada September lepas.
Di JOHOR, penganut Hindu di sekitar Johor Bahru pula mula mengunjungi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam di Jalan Ungku Puan atau dikenali sebagai Little India Johor Bahru, seawal 7.30 pagi untuk upacara keagamaan dan orang ramai turut diberikan manisan laddu ketika mengunjungi kuil berusia lebih 110 tahun itu.
Di MELAKA, S. Ravisantharan, 56, berkata dia bersama keluarga bangun pada 4 pagi tadi untuk upacara mandi minyak di rumah sebelum matahari terbit dan kemudian meneruskan upacara keagamaan mereka di Kuil Sri Sunthara Moorthy Vinayagar, Batu Berendam dengan memakai pakaian bertemakan warna putih sebagai lambang kesucian.
Di Seremban, NEGERI SEMBILAN, Presiden Kuil Sri Bala Thandayuthapani, Kapt (B) VR. Parameswaran menjangkakan sebanyak 6,000 penganut Hindu mengunjungi kuil itu, yang dibuka untuk dua sesi iaitu 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 7 malam hingga 9.30 malam ini.
Di PERLIS, Bendahari Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam, M. Ashok Kumar, 22, berharap Deepavali tahun ini dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini melalui aktiviti kunjung- mengunjung dan pihak kuil juga telah menjemput penghuni rumah orang tua untuk melaksanakan upacara keagamaan di kuil berkenaan agar memeriahkan lagi suasana.
Di TERENGGANU, walaupun sambutan Deepavali tidak semeriah di negeri di pantai barat, ia tetap dirayakan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan.
Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata beliau bersama isteri, Senbagavalli Kalimuthu dan tiga anaknya bangun seawal 6 pagi tadi untuk mandi minyak, sebelum ke kuil Sri Kailasa Nathar di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu bagi melakukan ritual keagamaan.
Pada malam sebelum Deepavali pula, beliau mengumpulkan gambar nenek moyang dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia untuk melakukan upacara sembahyang bagi memperingati mereka.
"Selain tosei dan muruku, nasi minyak juga menjadi hidangan utama kami pada Deepavali. Ini kerana kami telah terasimilasi dengan budaya dan makanan orang Melayu di sini," katanya yang memberitahu jumlah penduduk India di Terengganu kurang satu peratus daripada keseluruhan 1.3 juta penduduk negeri.
Di PERAK, selain kehadiran 10,000 penganut Hindu sejak 7 pagi tadi, Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh turut menarik kedatangan pelancong asing dan kaum lain untuk bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Deepavali.
Di SELANGOR, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri V. Papparaidu menganjurkan rumah terbuka sempena Deepavali di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, Shah Alam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan exco-exco kerajaan negeri.
Di KELANTAN, Ketua Wanita MIC negeri S. Nilai Valagi, 63, berkata walaupun jumlah kaum India di negeri ini kecil, suasana sambutan tetap meriah apabila ahli keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul bersama.
"Sembutan tahun ini lebih meriah kerana 25 ahli keluarga saya dapat berkumpul bersama di rumah ibu saya di Lundang, Kota Bharu.
"Saya sendiri sudah membuat persiapan menyediakan juadah seperti maruku dan pakaian baharu sejak bulan lepas lagi, manakala masakan lain seperti kari ayam, kari kambing, putu mayam dan tosei disediakan semalam," katanya.
Di SARAWAK, biarpun sambutan Deepavali diadakan dalam skala kecil kerana populasi penduduk India di negeri itu hanya kira-kira 7,000 orang, semangat kekitaan antara rakyat tetap tinggi dengan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka anjuran seorang peguam, Shankar Ram di King's Curry, Jalan Rumbai di Kuching.
Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama lebih 5,000 orang memeriahkan Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Deepavali 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Walaupun Sabah tidak mempunyai ramai penduduk dalam kalangan masyarakat India, semangat bersatu dalam kepelbagaian yang diwarisi penduduk Sabah sejak sekian lama, terserlah apabila mereka mengenakan pakaian tradisi India seperti kurta dan sari untuk bersama-sama meraikan Deepavali pada majlis itu.
Majlis dianjurkan Kerajaan Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah itu menyediakan pelbagai juadah tradisi masyarakat India antaranya tosai, muruku dan kari, selain juadah tradisi masyarakat Sabah seperti kelupis.
Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang meraikannya dan berharap perayaan itu mampu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena perayaan Deepavali di Kuil Arulmigu Karumariamman di Butterworth hari ini. - Foto Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.