awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Gawai bersama pasukan penyelamat untuk Adun Belaga

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
31/05/2013
22:26 MYT
Hari Gawai bersama pasukan penyelamat untuk Adun Belaga
BERSAMA: Liwan (baju kelabu) di satu sidang akhbar
Hari Gawai Dayak yang disambut hari ini di Sarawak, tidak akan diraikan secara besar besaran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Liwan Lagang.
Ini kerana beliau mahu bersama pasukan mencari dan menyelamat tragedi bot ekspres karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Atas dasar itu..beliau mengadakan sambutan hari gawai secara sederhana di belaga bagi meraikan petugas pasukan keselamatan yang menyertai operasi dan menyelamat.
Selain itu sambutan tersebut turut memberi penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi bot karam tersebut.
"Dan upacara malam ni adalah perayaan gawai bagi menghormati gawai dan menghormati mangsa yang meninggal..oleh itu saya ambil keputusan tidak balik rumah dan beraya di sini bersama petugas keselamatan kerana mereka juga berkorban tidak bersama keluarga mereka,” kata Liwan yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak.
Liwan merupakan personaliti paling 'terkenal' ketika ini, kerana beliau antara saksi awal tragedi bot karam.
Jelasnya, sejak kejadian pada Selasa beliau bersama isteri dan dua anaknya mengambil keputusan untuk berkampung di Belaga.
Sepanjang empat hari operasi mencari dan menyelamat, Liwan sentiasa bersama pasukan petugas keselamatan di tebing sungai.
Beliau juga bertindak sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus menjalankan tugas dengan baik.
Pada hari kejadian, Liwan menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mulai karam.
Beliau kemudian meminta juruterbang mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang.
Topic Berkaitan
#Belaga
#bot
#karam
#liwan lagan
#Sungai Rajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan