KUALA TERENGGANU: Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup secara berperingkat esok dan lusa bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri pada 31 Ogos ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din, berkata jalan yang terlibat adalah Jalan Pejabat di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman (dari lampu isyarat Wisma Darul Iman); Jalan Sultan Sulaiman (dari Bulatan Batu Bersurat); sepanjang Jalan Kolam; Jalan Sultan Zainal Abidin (dari Pasaraya Hock Kee Seng ke Bulatan Bulatan Batu Bersurat); Jalan Sultan Mahmud (dari Bulatan Batu Bersurat ke lampu isyarat Batu Buruk); dan Jalan Muara Selatan (dari Jambatan Angkat ke Bulatan Batu Bersurat).
"Penutupan jalan-jalan tersebut esok dan lusa bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pengguna jalan raya yang ingin ke pusat bandar boleh menggunakan laluan alternatif iaitu bagi pengguna dari Marang dan Chendering boleh menggunakan Jalan Batu Buruk-Jalan Kamarudin; dari Gong Badak dan Kuala Nerus (Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih); dari Seberang Takir (Jalan Tengku Ampuan Bariah-Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih); dan dari Simpang Tokku (Bukit Besar-Jalan Air Jernih).
"Manakala pengguna yang ingin ke Hospital Sultanah Nur Zahirah boleh melalui Jalan Sultan Mahmud dari Persimpangan Batu Buruk ke Persimpangan Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya.
Abdul Rahim berkata pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai dan dilarang parkir di laluan acara perbarisan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan penutupan jalan, boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
Penutupan jalan bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri pada 31 Ogos ini. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.