awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat

Bernama
Bernama
31/08/2023
06:26 MYT
Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat
Terjunan tepat dari pasukan VAT 69 memeriahkan acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 yang bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" di Dataran Putrajaya hari ini. -Bernama
PUTRAJAYA: Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masih dapat menepati sasaran mendarat tepat di kawasan Pentas Diraja di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Keenam-enam pegawai dan anggota Pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam Aksi Terjun Tepat itu berjaya memukau mata lebih 100,000 pengunjung di Dataran Putrajaya, tanpa tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun ada yang tergelincir.
"Alhamdullillah perasaan gembira dan bangga kerana berjaya melaksanakan dan mempersembahkan serta mendarat betul-betul di hadapan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," kata anggota 69 Komando Sarjan Shahril Afiza Zahari, seorang daripada penerjun itu.
"Semua penerjun selamat mendarat dan tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa kami mendarat di (hadapan) Pentas Diraja," katanya kepada Bernama hari ini.
Shahril Afiza berkata latihan intensif terjunan tepat yang dilakukan selama 10 hari di Taiping, Perak membuahkan hasil dengan apa yang dipersembahkan pada hari ini.
"Walaupun jalan (tempat mendarat) agak licin kami kena pandai mengawal tali payung terjun agar tidak bersimpul ketika mendarat.
"Angin di atas juga agak kuat iaitu sekitar 12 knot, namun ia berjalan lancar," katanya.
Seorang lagi anggota 69 Komando Koperal M. Pragash berkata perubahan angin pada lapangan membuat pendaratan agak kasar.
"Walaupun kami mendarat dengan kasar tapi kami masih dalam radius yang ditetapkan cuma perubahan angin dan cuaca agak lembap ketika di udara.
"Saya gembira kerana berjaya melaksanakan aksi terjun tepat kerana diberikan peluang untuk majlis yang besar macam ini (Hari Kebangsaan 2023)," katanya.
Pragash berkata kebiasaannya ketika mendarat di daratan seharusnya perlu ada angin yang memainkan peranan untuk mendarat yang tidak kasar.
"Di lapangan tiada angin iaitu sifar knot hingga satu knot angin serta payung terjun bergerak agak laju ketika mendarat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#penerjun
#Pentas Diraja
#Dataran Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan