KUALA LUMPUR: Pengorbanan jerih perih pemimpin-pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan harus sentiasa diingati dan dihargai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam catatan menerusi Facebook, beliau berkata perjuangan serta pengorbanan para pemimpin terdahulu telah membentuk jati diri bangsa Malaysia sehinggalah hari ini.
"Merdeka harus sentiasa tersemai dalam setiap jiwa kita, bagi memperingati legasi dan warisan tokoh-tokoh seperti Almarhum ayahanda saya Yusuf Merais, antara yang berjuang dengan semangat waja penuh pengorbanan dan keazaman tanpa mengenal titik henti.
"Bersama rakan seperjuangannya Rosli Dhobi, mereka gigih mengukir sejarah kemerdekaan negara, sebagai sebuah kisah yang penuh dengan curahan keringat, pengorbanan dan keberanian.
"Perjuangan serta pengorbanan mereka yang terdahulu telah membentuk jati diri bangsa kita sehinggalah hari ini.
"Cahaya Merdeka yang menyala dalam jiwa kita adalah warisan daripada mereka yang merupakan sumber semangat yang mampu kita abadikan dalam setiap usaha kita sehingga kini," katanya.
Fadillah berkata meraikan kepelbagaian, hidup bersatu padu, menghargai keunikan budaya, kepercayaan dan etnik di negara telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.
Beliau berkata semua kaum di negara ini saling melengkapi antara satu sama lain, dalam simfoni ikatan harmoni.
"Berakar umbi daripada legasi merdeka, perpaduan ini memaknai hubungan kukuh yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
"Segulai Sejalai (Seiring Sejalan) kita memandang ke hadapan, melukis potret kemajuan yang kemakmuran dan perpaduan bersatu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyeru semua rakyat bersatu hati dan mendukung erat semangat perpaduan berteraskan agenda Malaysia MADANI demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Beliau menerusi catatan dalam Facebook berkata ia selari dengan tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan".
"Dahulu, detik 31 Ogos diraikan dengan menyanyi lagu kemerdekaan yang didendangkan seperti Tanggal 31 Ogos, Warisan, Bahtera Merdeka dan seumpamanya. Tetapi sekarang saya tengok anak muda menyanyikan lagu dengan citarasa mereka seperti Standing in The Eyes of The World yang dinyanyikan oleh Ella dan lagu Negaraku yang Faizal Tahir nyanyikan.
"Walaupun kita berlainan era, rentak dan selera nyanyian juga berbeza, matlamat kita tetap sama, kita mahu mempertahankan apa yang telah dicapai selama ini melalui semangat patriotisme dan persefahaman, tanpa mengira latar belakang bangsa dan ideologi politik," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Putrajaya.
Memasuki edisi kelima anjurannya di Putrajaya, pelbagai persembahan, pertunjukan udara dan perarakan disajikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik tanah air.
Signifikannya Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 ialah tahun ini diadakan di Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Fadillah ketika hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya International Convention Centre, semalam. - Facebook Fadillah Yusof
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.