Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari kedua hari ini, dengan orang ramai diminta terus berada di rumah masing-masing bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan ini memerlukan kerjasama orang ramai agar tidak bergerak ke merata-rata tempat kecuali bagi membeli keperluan asas.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya berulang kali meminta dan merayu kepada seluruh rakyat supaya duduk diam-diam di rumah dalam tempoh 14 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac.
BACA: Perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan: 'Tolonglah. Stay put where you are' - PM
"Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu ke mana-mana. Dengan cara ini saudara saudari terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini insya-Allah dapat dibendung.
"Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.
"Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasar raya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah.
"Stay at home and protect yourself and your family (Duduklah di rumah, lindungilah diri sendiri dan keluarga)," tegas Muhyiddin dalam perutusannya itu.
Muhyiddin beberapa kali menyebut 'stay at home' dalam perutusannya kerana masih ramai rakyat Malaysia yang kurang memahami atau masih memandang ringan tujuan utama kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Gesaan perdana menteri itu berikutan ramai rakyat Malaysia dilaporkan berpusu-pusu memenuhi stesen-stesen pengangkutan awam atau bersesak di jalan raya seolah-olah mengambil kesempatan balik kampung menjelang hari penguatkuasaan Perintah Larangan Pergerakan dan tindakan itu boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19.
Sedangkan tegas Muhyiddin, tujuan penting pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah untuk memutuskan rangkaian jangkitan atau 'break the chain of infection' supaya jumlah yang dijangkiti wabak COVID-19 itu dapat dikurangkan.
Tempoh dua minggu atau 14 hari pelaksanaan perintah larangan itu diambil kerana ia adalah tempoh hayat inkubasi (incubation) COVID-19 di mana simptom jangkitan hanya muncul selepas tempoh itu.
Jadi kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom akan berjaya diasingkan untuk diberi rawatan, menjadikan Malaysia bebas daripada COVID-19.
Muhyiddin turut memberi ingatan awal mengenai kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sekarang akan dilanjutkan sekiranya ia gagal mengekang penularan wabak COVID-19 ini.
"Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan.
"Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga daripada terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah," jelas Muhyiddin.
Permintaan supaya rakyat duduk di rumah diam-diam kata Muhyiddin, nampak mudah dan remeh tetapi itulah perkara penting yang mesti lakukan untuk bersama-sama menyokong usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
"Sebagai Perdana Menteri, saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan semua," katanya.
Bernama
Thu Mar 19 2020
MUHYIDDIN: Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.