PUTRAJAYA: Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan majikan sektor swasta perlu memberi hari kelepasan am berbayar sebanyak 11 hari setiap tahun, tidak terpakai kepada penjawat awam dan lain-lain golongan pekerja yang tidak tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta 265.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah.
Di bawah Akta 265 menyatakan daripada jumlah keseluruhan 11 hari tersebut, lima hari kelepasan am yang wajib diambil termasuklah Hari Wilayah Persekutuan oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Baki enam hari lain boleh dipilih daripada majikan dalam senarai hari kelepasan am sebagaimana Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].
Dalam Jadual Pertama tersebut, Tahun Baharu Cina merupakan hari kelepasan am iaitu sebanyak dua hari bagi negeri-negeri lain kecuali Kelantan dan Terengganu.
"Pada tahun ini, kedua-dua hari kelepasan am ini bertindih pada 1 Feb. Seksyen 60D Akta 265 juga menyatakan bahawa sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari yang sama, maka hari berikutnya adalah merupakan hari kelepasan am berbayar.
"Justeru, bagi pekerja di sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, jika majikan memilih dan menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai satu daripada hari kelepasan am syarikat, maka majikan adalah wajib memberikan cuti pada Khamis (3 Feb)," menurut kenyataan itu.
KSM menyatakan bagi majikan yang tidak menyenaraikan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Hari kelepasan am: Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah.