awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hari ni Selangor berapa ramai?' - Tengku Permaisuri ungkap keprihatinan Sultan terhadap rakyat

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2020
03:00 MYT
'Hari ni Selangor berapa ramai?' - Tengku Permaisuri ungkap keprihatinan Sultan terhadap rakyat
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ingatan Sultan Sharafuddin terhadap mereka yang dijangkiti pandemik itu selalu menjadi keutamaan sejak ia mula merebak di negara ini. - Instagram
KEPRIHATINAN Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada statistik harian jangkitan COVID-19 di negeri itu terserlah dengan pertanyaan Baginda pada setiap petang mengenai pandemik berkenaan.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ingatan Sultan Sharafuddin terhadap mereka yang dijangkiti pandemik itu selalu menjadi keutamaan sejak ia mula merebak di negara ini.
"Keprihatinan Tuanku terhadap impak pandemik ini benar-benar menyentuh hati rakyat.
"Ingatan dan sokongan kepada barisan hadapan membuktikan keprihatinan dan bernilai untuk setiap insan.
"Tuanku sering menjelaskan ia adalah wake-up call untuk semua sentiasa menghargai dan mendoakan satu sama lain serta paling utama sentiasa bersatu.
"Jika rakyat boleh menjadi saksi betapa Tuanku benar-benar prihatin terutama peningkatan angka di Selangor.
"Soalan lazim Tuanku pada setiap 6.30 petang adalah, 'ahhh hari ni Selangor berapa ramai?'" titah Tengku Permaisuri Norashikin sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-75 di laman media sosial peribadi Baginda.
View this post on Instagram
A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)
Terdahulu, Sultan Sharafuddin memutuskan tidak mengadakan sebarang istiadat sempena Hari Keputeraan Ke-75 memandangkan negara berhadapan pandemik COVID-19.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor akan dilaksanakan pada tarikh akan ditetapkan bergantung keadaan semasa wabak COVID-19 ini.
Sultan Sharafuddin mengharapkan rakyat terus bersabar dan tenang menghadapi dugaan dan sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar musibah menimpa segera diangkat dan dikembalikan semula kehidupan seperti sebelum ini.
Baginda menzahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat, kakitangan hospital dan barisan hadapan yang melaksanakan tugas tanpa mengenal penat lelah bagi merawat pesakit dijangkiti COVID-19 serta mencegah penularan wabak ini.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#COVID-19
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Tengku Permaisuri Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan