awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Pelarian Sedunia: "Kerajaan perlu didik rakyat, manfaat beri kerja kepada pelarian"

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2022
10:27 MYT
Hari Pelarian Sedunia: "Kerajaan perlu didik rakyat, manfaat beri kerja kepada pelarian"
Sentimen negatif melingkari golongan pelarian yang didakwa menikmati hasil negara ketika rakyat sendiri masih bergelut dengan kemiskinan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi kesedaran kepada rakyat tentang manfaat yang akan diperoleh negara apabila pelarian dibenarkan bekerja secara sah di negara ini.
Pengarah North-South Initiative, Adrian Pereira berkata, ketika ini, sentimen negatif masih melingkari golongan pelarian yang didakwa menikmati hasil negara ini ketika ramai rakyat masih bergelut untuk keluar daripada kemiskinan.
"Kita kena lihat juga dari sudut kemanusiaan, agak sukar nak lihat dari sudut ekonomi semata-mata. Analoginya, kita ada sebuah dapur yang besar di rumah, ada makanan yang enak.
"Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar minyak kelapa sawit dan sebagainya, apa salahnya kita berkongsi sedikit dengan yang memerlukan? Mereka tidak minta makanan yang mewah, cukup sekadar ada makanan kerana mereka dalam keadaan yang susah.
"Jika pelarian diberi hak bekerja, itu lebih baik kerana mereka akan menyumbang kepada ekonomi negara, tidak hanya mengambil hasil sahaja.
"Jadi kerajaan kena didik rakyat, apa kesan jika pelarian diberi hak bekerja. Pendek kata, kita akan membangun bersama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI baru-baru ini.
Tambahnya lagi, kerajaan juga harus sistematik dalam menjalankan peranan mereka kerana pelarian yang datang ke negara ini terdiri daripada pekerja gaji rendah dan profesional.
Justeru, kementerian terlibat perlu memastikan pemadanan kerja berlaku dan tidak hanya memberi mereka pekerjaan secara semborono.
Hari Pelarian Sedunia yang disambut pada 20 Jun setiap tahun, merupakan hari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghormati pelarian di seluruh dunia.
Ia meraikan kekuatan dan keberanian mereka yang terpaksa meninggalkan negara asal untuk melarikan diri dari konflik atau penganiayaan.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Malaysia
#pekerjaan
#hari pelarian sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan