awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari terakhir di PPZ-MAIWP, Syed Ali digelar pahlawan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/06/2022
00:00 MYT
Hari terakhir di PPZ-MAIWP, Syed Ali digelar pahlawan
Mohd Daud (dua, kiri) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Syed Ali dalam majlis di Dewan Utama PPZ-MAIWP, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan MAIWP
KUALA LUMPUR: Dua tahun menggalas tugas sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), semalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memegang jawatan tersebut.
Di akhir perkhidmatan beliau, Pengerusi MAIWP Datuk Mohd Daud Bakar menyifatkan Syed Ali sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas diberikan.
Bahkan, beliau berpendapat, Syed Ali berjaya mencorakkan PPZ-MAIWP dengan cemerlang sepanjang dua tahun lepas.
"Tiada kata boleh diucapkan kepada beliau. Syed Ali seorang sahabat saya, pemimpin yang hebat, beliau rakan dan guru kepada saya.
"Bagi saya, beliau adalah seorang pahlawan," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di Dewan Utama PPZ-MAIWP, di sini, semalam.
Turut hadir di majlis tersebut, bekas Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Nizam Yahya.
Sementara itu, Syed Ali dalam ucapannya pula berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk PPZ-MAIWP demi tanggungjawab yang diamanahkan.
"Sebagaimana saya berkhidmat secara percuma di PPZ-MAIWP selama dua tahun, selepas ini saya juga bersedia membantu.
"Bantuan yang akan saya sampaikan selepas ini juga secara percuma dalam memastikan sasaran kutipan zakat mencecah RM1 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, mampu dicapai," ujarnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja PPZ dan pengurusan MAIWP yang banyak membantunya sepanjang perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#Syed Ali Alhabshee
#PPZ MAIWP
#MAIWP
#Datuk Mohd Daud Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan