KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan hari terakhir untuk rakyat Malaysia mengemas kini data melalui pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).

Sebelum ini sehingga Khamis, ia catat peningkatan kepada 9.24 juta berbanding 8.79 juta pendaftaran hari sebelumnya.

Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.

Berdasarkan rekod dalam sistem PADU, bilangan warganegara adalah seramai 30.08 juta.

PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.