Sambutan Hari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di peringkat kebangsaan menjadi wadah negara untuk kekal komited terhadap kemakmuran sejagat, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata komitmen Malaysia terhadap misi UNESCO itu dizahirkan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) dan penubuhan tabung Malaysia-UNESCO Funds-in-Trust (MFIT) yang menjadi platform negara berkongsi kepakaran teknikal bersama negara anggota UNESCO.
"Sehingga tahun ini, bibit kerjasama MUCP-MFIT, yang dimeterai pada 2009, telah melaksanakan 19 projek meliputi spektrum kompetensi UNESCO iaitu pendidikan, saintifik dan kebudayaan.
"Malaysia percaya asas kepada keamanan global yang lestari adalah daripada perkongsian ilmu," kata Mahdzir selaku presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) ketika melancarkan sambutan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Kundasang dekat sini, hari ini.
Katanya penganjuran peringkat kebangsaan sambutan itu sejak 2011 memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kerjasama erat antara Malaysia dan UNESCO sejak 1958, khususnya dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dalam ucapannya berkata pengisytiharan Taman Negara Kinabalu di kaki Gunung Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menuntut masyarakat setempat untuk memberi penerangan yang betul kepada pengunjung mengenai adat di gunung tertinggi di Malaysia itu.
Menurutnya, masyarakat setempat lebih memahami adat setempat dan harus memainkan peranan dalam berhubung dengan pengunjung.
"Tahun lepas, Sabah menerima kira-kira 3.4 juta pelancong, yang mana separuh daripada jumlah itu datang ke Taman Kinabalu untuk melihat Gunung Kinabalu.
"Masyarakat setempat yang majoritinya daripada kaum Dusun boleh memainkan peranan untuk mendidik pelancong mengenai adat, bahasa dan usaha pemeliharaan alam sekitar di kawasan ini," katanya.
Masidi berkata kerajaan Sabah sentiasa berusaha untuk memulihara dan mengekalkan alam semula jadi di negeri ini agar generasi masa depan dapat mengalaminya seperti yang dinikmati generasi sekarang.
Pengarah Biro Sains UNESCO Wilayah Asia dan Pasifik Dr Shahbaz Khan berkata rakyat di negara ini harus berasa bertuah kerana mempunyai banyak kawasan yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Mulu, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong dan Bandar Bersejarah Melaka serta George Town, selain Taman Negara Kinabalu.
"Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia bermakna tapak-tapak ini adalah milik dunia.
"Tentunya, ia akan menggalakkan ramai dari seluruh dunia datang ke Malaysia untuk mengagumi Tapak Warisan Dunia ini, sekaligus membantu sektor pelancongan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Mahdzir menerima cenderakenangan daripada Masidi sejurus selepas merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Dataran Pekan Kundasang hari ini. - Bernama
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI 7:45 [03/05/2024] – 15 lokasi skrin besar | Malaysia di kedudukan 107 | Nasihat Mufti Perak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Hari UNESCO Malaysia komitmen terhadap kemakmuran sejagat
Malaysia percaya asas kepada keamanan global yang lestari adalah daripada perkongsian ilmu.