awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Wesak: Penganut Buddha dibenarkan ke kuil, tanpa perarakan

Bernama
Bernama
13/05/2022
06:41 MYT
Hari Wesak: Penganut Buddha dibenarkan ke kuil, tanpa perarakan
Keputusan untuk membatalkan perarakan berikutan kesukaran mengawal kehadiran orang ramai. - Bernama
GEORGE TOWN: Untuk tahun ketiga berturut-turut akibat pandemik COVID-19, tiada perarakan Hari Wesak pada Ahad ini di Pulau Pinang namun penganut Buddha dibenarkan ke kuil bagi memohon keberkatan.
Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Hari Wesak Pulau Pinang Datuk Loh Hock Hun berkata, pihaknya telah memutuskan untuk membatalkan perarakan berikutan kesukaran mengawal kehadiran orang ramai.
"Setiap tahun semasa perarakan, akan ada lebih 10,000 penganut yang akan hadir dan ia merupakan cabaran untuk mengawal mereka (orang ramai)...diharapkan tahun depan, kami dapat mengadakan perarakan kembali," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Setiap tahun, sebelum pandemik, Hari Wesak di Pulau Pinang akan disambut dengan perarakan kereta berhias disertai puluhan ribu penganut Buddha.
Para penganut juga akan mengunjungi kuil sehari sebelum itu dan pada hari sebenar akan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga, memandikan patung Buddha serta menyertai upacara sembahyang.
Bagaimanapun, Loh berkata penganut dibenarkan mengambil bahagian dalam upacara memandikan patung Buddha di Bangunan Persatuan Penganut Buddha (MBA) di Jalan Burma yang bermula dari 7.30 malam hingga 10 malam pada Sabtu ini dan 6 pagi hingga 10 malam pada Ahad.
"Dewan MBA mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa dan kami akan memastikan semua penganut mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan," katanya.
Beliau berkata secara kebetulan, tahun ini juga merupakan tahun ke-60 sejak Hari Wesak menjadi cuti umum di Malaysia dan persatuan itu akan memperingatinya pada Sabtu.
"Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan merasmikan sambutan Hari Wesak pada Ahad ini," katanya.
Hari Wesak adalah memperingati hari kelahiran Siddharta Gautama Buddha, hari beliau mencapai pencerahan dan kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Wesak
#penganut buddha
#kuil
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan