KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkaitan agar lebih bersikap serius dalam menangani masalah ancaman kepada hidupan liar termasuk harimau.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, gesaan itu termasuk mendesak kerajaan agar menghentikan segera aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan sehingga mengakibatkan kemusnahan habitat liar.
Menurut beliau, situasi itu juga menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.
"Selalunya binatang ini tidak kacau manusia, manusia yang selalu kacau haiwan dan habitat mereka... yang tidak habis-habis nak buka hutan dan sebagainya.
"Saya tengok kerajaan tidak serius, sama ada kerajaan negeri atau Pusat dalam menangani isu ini. Mereka hanya buat kempen 'Selamatkan Harimau' tetapi mereka tidak buat kempen selamatkan habitat harimau iaitu hutan.
"Jadi sekarang ini kalau kerajaan serius, nombor satu kerajaan perlu melaksanakan moratorium pembalakan," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Tangani segera konflik manusia-harimau - WWF
Mengulas lanjut, Shariffa Sabrina turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengubah akta sedia ada dengan meletakkan hak pengurusan hutan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan bukan kerajaan negeri.
"Apa salahnya kerajaan Persekutuan mengambil balik (hak penjagaan hutan)? Dan mereka boleh gazetkan Banjaran Titiwangsa (sebagai Taman Negara).
"Maknanya, kuasa di bawah kerajaan Persekutuan... kalau betul-betul mahu selamatkan bukan sahaja harimau, tetapi selamatkan khazanah alam terutama kawasan tadahan air," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau turut kesal terhadap kenyataan kerajaan negeri Kelantan yang menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang, bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.
"Harimau tidak akan kacau manusia, kita yang mengacau dia. Sekarang ini haiwan itu sudah tidak ada tempat dan tiada cukup makanan, sebab itu ia merayau keluar.
"Jadi siapa yang nak dipersalahkan sekarang? (Sepatutnya) disalahkan ialah kerajaan kerana membenarkan membuka hutan dan memusnahkan hutan sebanyak mungkin," tegasnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 12 2022

Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, aktiviti pembalakan yang tidak dikawal menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.

Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

AWANI Ringkas: Pacu pembangunan ekonomi Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram
Tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

IMF yakin ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022
Ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Jabatan Negara AS mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.

Perdana Menteri rasmi Jelajah AKM Sabah esok
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Sabah tahun ini.

Pan Gon panggil 29 pemain ke kem latihan skuad Harimau Malaya
Sebagai persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E, serta dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

Sukan SEA: Maloney harap kelab penuhi janji lepas pemain
Maloney percaya anak buahnya akan melaporkan diri untuk latihan pusat Sukan SEA sebelum 1 Mei, seperti yang dijanjikan kelab-kelab sebelum 1 Mei, seperti yang dijanjikan kelab-kelab sebelum ini.

Kelayakan Piala Asia: Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya
Malaysia yang berkedudukan ke-154 dunia itu akan diuji Myanmar (152) pada 27 Mac, sebelum bertemu Hong Kong (147) pada 1 Jun.

Tiada naturalisasi, tiada masalah
Beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi itu memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.

Jangan taksub majukan prasarana hingga musnahkan alam sekitar - Sultan Nazrin
Pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi kepada manusia.

Sabar... Pan Gon berusaha tumpu identiti baharu Harimau Malaya
"Saya fikir kadangkala situasi ini berlaku, kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya, ia adalah permainan ujian yang sangat bagus."

Skuad kendalian Pan Gon tewas 2-1 kepada Singapura
Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Bola sepak persahabatan: Pan Gon teruskan ujikaji dalam pertemuan dengan Singapura
Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negara Kim Pan Gon mahu meneruskan ujikajinya dengan anak-anak buahnya pada pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1 , sarin

Jangan buat provokasi tembak Harimau Malaya masuk kampung - Takiyuddin
Tindakan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti diserang oleh haiwan tersebut.

FAM mula penambahbaikan pengurusan pasukan kebangsaan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula mengambil langkah penambaikan seperti dicadangkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya pada 21 Jan lepas.