awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harjeet Singh dilantik KSU KKM

Bernama
Bernama
11/04/2022
03:06 MYT
Harjeet Singh dilantik KSU KKM
Harjeet Singh (kanan) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia berkuat kuasa 11 April 2022. - Foto Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali
PUTRAJAYA: Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan (KKM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Sebelum pelantikan itu, Harjeet Singh, 59, adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata Harjeet Singh mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia, dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.
"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas sejajar dengan slogan Kementerian 'Kami Sedia Membantu'," kata Mohd Zuki.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat, Harjeet Singh telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam dengan menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harjeet Singh
#KSU KKM
#Ketua Setiausaha KKM
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan