awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haron Din dimasukkan ke Institut Jantung Negara

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/11/2013
03:01 MYT
Haron Din dimasukkan ke Institut Jantung Negara
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. - gambar fail
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tidak dapat hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-59 selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Datuk Abu Kassim Abdullah mengumumkan perkara tersebut dalam ucapan aluannya.
Beliau memberitahu, Dr Haron Din dinasihatkan supaya berehat selama dua minggu.
Selain daripada Haron Din, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin turut tidak dapat hadir ke perasmian Muktamar kerana menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.
Hanipa mewakili Mohamad yang berdepan saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS, Harakah.
Mohamad mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya sejak 2011.
Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan dijalankan petang ini.
Topic Berkaitan
#Haron Din
#Mat Sabu
#Muktamar PAS ke-59
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan