awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 6.9 peratus bagi suku kedua - Perangkaan

Bernama
Bernama
09/08/2023
11:15 MYT
Hasil sektor perkhidmatan tumbuh 6.9 peratus bagi suku kedua - Perangkaan
Mohd Uzir berkata prestasi sektor perkhidmatan pada suku kedua didorong oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, yang meningkat 5.9 peratus kepada RM433.5 bilion. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hasil bagi sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2023 dengan merekodkan sejumlah RM568.3 bilion, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi sektor perkhidmatan pada suku kedua didorong oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, yang meningkat 5.9 peratus kepada RM433.5 bilion.
"Ini diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi, serta pengangkutan dan penyimpanan; dan profesional, hartanah, pentadbiran dan perkhidmatan sokongan, masing-masing meningkat 10.1 peratus dan 9.9 peratus kepada RM79.5 bilion dan RM35.8 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata pendapatan e-Dagang merekodkan RM280.5 bilion, 2.5 peratus lebih tinggi tahun ke tahun pada suku kedua, tetapi berbanding suku sebelumnya, ia merosot 3.8 peratus.
Mengikut analisis perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, DOSM berkata jumlah hasil pada suku kedua 2023 merekodkan kenaikan 1.4 peratus atau RM8.0 bilion.
"Pertumbuhan itu juga didorong oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman, dan penginapan, yang berkembang 1.2 peratus, diikuti oleh maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan dan penyimpanan; segmen profesional, hartanah dan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan, yang meningkat sebanyak 2.1 peratus dan 1.7 peratus, masing-masing," katanya.
Mohd Uzir berkata bilangan orang yang terlibat dalam sektor (perkhidmatan) ini ialah 4.4 juta orang, yang meningkat sebanyak 73,400 orang, atau 1.7 peratus tahun ke tahun.
"Peningkatan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit dengan peningkatan sebanyak 30,600 orang, atau 1.6 peratus, diikuti subsektor pengangkutan dan penyimpanan, yang meningkat sebanyak 14,900 orang atau 4.3 peratus.
"Bagi suku tahun-ke-suku tahun, jumlah pekerja bertumbuh 0.4 peratus, meningkat 18,500 orang," katanya.
Mohd Uzir berkata gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.2 bilion, atau 3.9 peratus tahun ke tahun, disebabkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, yang meningkat 2.0 peratus kepada RM14.0 bilion dan diikuti oleh pengangkutan dan subsektor penyimpanan, yang meningkat 6.3 peratus kepada RM2.9 bilion.
"Sementara itu, bagi perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, gaji dan upah menaik 0.8 peratus untuk mencatatkan RM31.5 bilion pada suku tahun kedua 2023," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#Hasil bagi sektor perkhidmatan
#E-dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan