Selalunya kepayahan hidup membuatkan manusia kecewa lantas memaki takdirnya. Ada yang putus asa malah lebih tragis ada yang sanggup mengambil keputusan untuk menamatkan kisah hidup di dunia ini dengan cara membunuh diri.
Namun tidak semua akan bertindak sedemikian. Ada yang masih optimis bahawa disebalik kepayahan dan kesulitan yang dihadapi, akan ada kebahagiaan yang dijanjikan oleh Sang Khalik. Yang penting hidup mesti terus dan tetap berusaha untuk mecari jalan dari kesulitan yang dihadapi.
Bagi pelukis, Mohd Foad Hassan, kepayahan yang dihadapi bukan titik noktah untuk terus berkarya, sebaliknya ia memberikan lebih semangat untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk terus berkarya biarpun berdepan kesulitan.
Bekas pensyarah Kolej Universiti Insaniah, Kedah ini berdepan hilang pekerjaan akibat pertukaran pengurusan di kolej tersebut.
Enggan berdiam diri dan kecewa akibat apa yang terjadi, Mohd Foad yang pernah menghasilkan novel grafik adaptasi filem Merah, membuat lakaran spontan yang menceritakan tentang bandaraya Kuala Lumpur dan dipamerkan di Project Room, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.
Pameran yang bermula pada 1 September lalu dan akan berakhir pada 14 September nanti memaparkan lakaran Mohd Foad tentang Kuala Lumpur sebelum berhijrah ke Sungai Petani pada 2008 dan selepas kembali ke ibukota pada 2013.
Pameran yang berjudul 'City Sketch' ini merupakan permulaan kembalinya Mohd Foad ke Kuala Lumpur dengan karya-karya barunya.
"Situasi yang berlaku yang tak dapat kita elak jadi saya seperti dihembus untuk balik semula ke Kuala Lumpur.
"Jadi pameran ini semacam saya hendak memberitahu, ya saya sudah kembali ke Kuala Lumpur dan saya akan terus berkarya, insya-Allah," katanya ketika ditemui Astro Awani.
Mohd Foad juga dikenali sebagai seorang ilustrator dan banyak menghasilkan kulit album untuk beberapa artis tempatan antaranya album Phoneix Bangkit (M.Nasir), Mentor (Hattan), Mr Barbarik (Wings).
Terbaru ilustrasi Stevie Ray Vaughan yang dihasilkan disiarkan majalah Guitar World keluaran September 2013.
Novel Grafik adaptasi filem Merah yang dihasilkan pada tahun 1996 merupakan novel grafik adaptasi filem pertama di Malaysia.
Irwan Muhammad Zain
Tue Sep 10 2013
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Hasilkan lukisan untuk curahkan perasaan
Mohd Foad menghasilkan lakaran spontan yang menceritakan tentang bandaraya Kuala Lumpur dan dipamerkan di Project Room, Great Eastern Mall.