PONTIAN: Walaupun sudah dua tahun sambutan Hari Kebangsaan diraikan dalam suasana norma baharu yang agak 'lesu' disebabkan pandemik COVID-19, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berusaha menzahirkan semangat kemerdekaan melalui pelbagai cara yang menarik dan unik.
Bagi Mohd Shahrolnizam Ab Rahman, 39, beliau memilih untuk mempamerkan semangat patriotisme sempena bulan kebangsaan ini, dengan menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini sebagai tanda kenangan pada bulan istimewa ini.
Tidak hanya dijadikan koleksi peribadi, tanjak mini khusus itu turut dijual kepada orang ramai yang berminat untuk memilikinya, terutama dalam kalangan peminat kesenian Melayu itu.
Mula berkecimpung dalam seni pembuatan tanjak sejak 2015, anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini kemudiannya nekad 'terjun' secara serius dalam pembuatan tanjak pada 2019, selepas melihat potensi luas kesenian tersebut yang mendorongnya untuk menghasilkan idea lebih kreatif, bagi mempelbagaikan kegunaan tanjak.
"Biasanya tanjak digunakan sebagai hiasan di kepala, tetapi saya pelbagaikannya dengan menghasilkan tanjak mini yang sesuai untuk disimpan di rumah, kenderaan atau sebagai cenderamata untuk rakan-rakan.
"Alhamdulillah, meskipun tinggal beberapa hari lagi sebelum sambutan Hari Kebangsaan, tempahan yang diterima masih menggalakkan. Jadi kalau hendak dikirakan, sampai sekarang sudah lebih kurang 160 tanjak mini telah terjual dari peminat tanjak seluruh negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Megah, di sini, baru-baru ini.
Berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini itu, Mohd Shahronilnizam berkata, ia bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020, selepas memikirkan untuk mencipta sesuatu yang istimewa untuk Malaysia yang ketika itu sedang berjuang menentang COVID-19.
"Untuk menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini, saya menggabungkan kain bendera dan songket dan masa yang diambil untuk menyiapkannya tidak terlalu lama, hanya lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk setiap satu tanjak mini," katanya yang menjual setiap satu tanjak mini dengan harga bermula daripada RM20.
Hanya mempelajari seni membuat tanjak melalui YouTube, beliau mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menguasai kesenian khazanah warisan Melayu itu, sehingga berjaya menghasilkan sendiri tanjak yang menjadi minat dan kecintaannya.
"Mula-mula saya tengok dan kenali dahulu jenis lipatan tanjak dan saya belajar daripada YouTube sebab banyak cara untuk menghasilkan tanjak yang boleh diikuti. Saya belajar sendiri dan semakin lama, semakin banyak tempahan dan daripada situ timbul minat untuk terus menghasilkan tanjak," katanya.
Menjelaskan mengenai kesenian tanjak, terdapat beberapa jenis lipatan tanjak yang dihasilkannya mengikut permintaan pelanggan dan antara jenis lipatan yang dihasilkannya adalah Nakhoda Trong, Bugis Tak Balik, Dendam Tak Sudah, Balung Raja, Lang Menyongsong Angin, Takur Tukang Besi, Pancung Tak Bertanya, Balung Ayam, Ayam Patah Kepak dan Tok Beruas.
Mohd Shahrolnizam yang juga peniaga makanan itu berkata, selain tanjak mini beliau juga turut menghasilkan tanjak bersaiz besar, yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik termasuk songket untuk digunakan di majlis-majlis keramaian, pengantin, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pelbagai lagi.
Dalam suasana negara masih belum menang dalam menentang musuh yang tidak nampak ini, Mohd Shahrolnizam turut menyeru orang ramai untuk tidak mengetepikan semangat Bulan Kebangsaan walaupun hanya berada di rumah.
"Pandemik COVID-19 menyebabkan kita tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan di luar, tetapi kita masih lagi boleh meraikannya di rumah bersama keluarga dan mungkin boleh menyemarakkan lagi semangat patriotik itu dengan memakai baju kebangsaan atau tanjak," katanya yang turut mempromosikan hasil seni tanjaknya menerusi akaun Instagram dan Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Shahrolnizam menunjukkan sebahagian daripada tanjak mini yang dibuatnya. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang
Seorang pengusaha butik pengantin dari Kampung Pondok, di Kangar, menghasilkan tanjak Jalur Gemilang khusus buat bayi dan kanak-kanak.
Tambah koleksi warisan Malaysia di Rusia, pembuat tanjak bangga serahkan Mahkota Alam
Beliau dapat tahu mengenai hasrat muzium di Rusia mahu tambah koleksi warisan dari Malaysia menerusi pembacaan di sebuah akhbar tempatan.
Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu
Segak bertanjak ketika menjual roti benggali menggunakan motosikal di sekitar Kangar dan Kuala Perlis bagi menyara keluarganya.
Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan
Tanjak mini khusus itu turut dijual kepada orang ramai yang berminat untuk memilikinya.
Sigar mampu jana pendapatan - Madius
Sigar atau tanjak mampu menjana pendapatan lumayan untuk penduduk luar bandar.
Rais saran orang Melayu amal semula memakai songkok
Katanya, apa salahnya kalau orang Melayu kembali memakai songkok untuk identiti mereka semasa yang melazimkan mereka untuk berjuang.
2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan
Larian akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifnya memupuk semangat muhibbah serta toleransi penduduk.
Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan
Memakai busana lengkap tradisional Melayu iaitu tanjak, baju layang, kain samping dan keris adalah satu tradisi yang seharusnya jadi kebanggaan dan anak muda tidak perlu rasa malu dengan warisan ini.
Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda
Pemakaian capal itu dilihat semakin mendapat sambutan dan mula menular khususnya dikalangan anak muda.
#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.