JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad telah mendapat persetujuan dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor.

Hasni, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor berkata, beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sebelum memasuki Istana Bukit Serene bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri Benut itu lagi, beliau dijangka memasuki Istana pada pukul 5 petang ini, sebelum kembali ke Bangunan UMNO Johor untuk membuat sidang media khas.

Now I have to do a Majlis Mesyuarat Kerajaan dulu. And then I’ll be going to Istana Bukit Serene. After that I will be doing my press conference.

“Perjumpaan itu berkenaan apa yang kita putuskan. Saya dah dapat consent dari Badan Perhubungan Negeri untuk adakan Pilihan Raya Negeri,” katanya ringkas sebelum bergegas keluar.