awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri

Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan

Bernama
Bernama
31/01/2026
10:15 MYT
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Blue Origin telah menawarkan perjalanan singkat untuk pelancong angkasa lepas sejak 2021. - Gambar fail/Reuters
SAN JOSE (California): Syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) milik pengasas Amazon, Jeff Bezos, Blue Origin pada Jumaat mengumumkan ia akan menggantung penerbangan pelancongan angkasa lepas sekurang-kurangnya selama dua tahun untuk memberi tumpuan kepada "keupayaan syarikat itu dalam misi menghantar manusia ke bulan," lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Blue Origin hari ini mengumumkan ia akan menghentikan seketika penerbangan New Shepard dan mengalihkan sumber untuk mempercepatkan lagi pembangunan keupayaan pendaratan manusia ke bulan bagi syarikat itu," menurut syarikat itu dalam kenyataan.
"Keputusan itu mencerminkan komitmen Blue Origin terhadap matlamat negara untuk kembali ke Bulan dan mewujudkan kehadiran manusia yang kekal serta mampan di sana."
Blue Origin terlibat dalam program Artemis NASA, yang bertujuan menghantar semula angkasawan ke bulan buat kali pertama dalam tempoh lebih 50 tahun sebagai asas bagi misi ke Marikh.
Blue Origin telah menawarkan perjalanan singkat untuk pelancong angkasa lepas sejak 2021. Bezos menyertai penerbangan sulung yang membawa kru tersebut.
Menurut syarikat itu, seramai 98 orang telah ke angkasa lepas melalui 38 penerbangan - termasuk penyanyi Katy Perry dan pelakon William Shatner.
Pelancongan angkasa lepas untuk pelanggan kaya telah dikritik sejak awal kerana manfaat saintifiknya yang terhad, kesan negatif terhadap alam sekitar dan iklim serta sifatnya yang eksklusif.
Blue Origin tidak mendedahkan harga perjalanan tersebut secara rasmi, namun anggaran adalah dalam lingkungan ratusan ribu dolar.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Blue Origin
#Jeff Bezos
#pelancongan angkasa
#gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.