NATIONAL
Hasrat cari umbut nipah jadi tragedi, warga emas dikhuatiri dibaham buaya

Hari kedua operasi SAR mangsa serangan buaya tertumpu di sepanjang Sungai Mekam. - Foto JBPM Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri dibaham seekor buaya di Sungai Mekam-Sare, Jaka, di sini, disambung hari ini.
Mangsa, Lingai Anak Rabong, seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dipercayai dibaham buaya dalam kejadian pada tengah hari Khamis.

Sesi taklimat bomba dan polis sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan.
Kejadian disahkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei yang menerima panggilan terus dari Balai Polis Jaka.
Mangsa dikatakan turun ke sungai untuk mengambil umbut nipah.

Pegawai Bomba dan Penyelamat memulakan operasi SAR di sungai Mekam
Menurut saksi kejadian, mereka mendakwa melihat buaya berkenaan timbul di permukaan Sungai Mekam dengan mayat mangsa di mulutnya.
Jurucakap bomba menyatakan operasi SAR bersambung hari ini pada jam 9.20 pagi membabitkan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami