CYBERJAYA: Video pembaca berita yang dipalsukan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dikesan antara taktik terbaharu yang digunakan oleh 'scammer' dalam memperdayakan mangsa.

ASP Analisa, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintenden (ASP) Rahmat Fitri Abdullah berkata modus operandi tersebut dilihat semakin banyak berada di dalam media sosial.

Jelas beliau, lazimnya 'scammer' menyasarkan segenap lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan warga emas untuk menjerat mangsa dalam aktiviti penipuan. 

"Selain itu, kebelakangan ini banyak bermain di pasaran ialah 'scam' yang melibatkan mesej, yang mengarahkan, memperdayakan atau memujuk anda untuk menekan 'link' (pautan).

"Berpunca daripada tindakan menekan pautan itu, maka segala maklumat yang kita simpan di dalam telefon akan jatuh ke tangan 'scammer'. Malah, tanpa kita sedar duit kita juga akan hilang.

"Kalau kita cakap mengenai pautan, untuk melihat sama ada sesuatu 'link' itu benar atau tidak, pastikan ia datang daripada laman web yang sebenar atau media sosial yang asal," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.

Beliau ditemui pada program "AWAS! Scammer Bermaharajalela" anjuran bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat), yang turut dihadiri lebih 200 peserta.

Mengulas lanjut, Rahmat Fitri berkata pelbagai pendekatan dan peringatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa bersama rakan strategik seperti Whoscall dalam memberi kesedaran termasuk jenayah penipuan kewangan dalam talian.

.

Beliau yang juga Duta 'Anti-Scam' PDRM berkata pihak Whoscall turut menawarkan pemberian sejuta kod promo Whoscall Premium bagi penggunaan selama setahun dalam usaha membanteras jenayah komersial.

"Itu merupakan salah satu bukti dan usaha betapa Whoscall ini penting untuk menyelamatkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan.

"Saya difahamkan langganan secara percuma ini melibatkan kos jutaan ringgit, yang akan ditanggung oleh Whoscall," ujarnya.

.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar meningkatkan tahap kesedaran tentang aktiviti penipuan, selain menyemak dengan pihak berkaitan sekiranya menerima mesej atau pautan yang mencurigakan.

Whoscall merupakan satu-satunya aplikasi anti-scam yang disahkan oleh PDRM, dengan kerjasama menggunakan sistem Semak Mule CCID PDRM untuk melindungi daripada panggilan 'scam'.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menebus kod promo 1 Tahun Akaun Premium Whoscall untuk semua rakyat Malaysia.

Pada 18 Mac, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan sejumlah 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 billion dilaporkan di seluruh negara pada tahun lepas.

Berdasarkan statistik 2023, kes jenayah telekomunikasi seperti tipu peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS), tipu penyamaran di talian dan tipu panggilan telefon merupakan antara kes tertinggi yang direkodkan dengan 10,348 kes membabitkan kerugian RM352.9 juta.

Whoscall merupakan satu-satunya aplikasi anti-scam yang disahkan oleh PDRM, dengan kerjasama menggunakan sistem Semak Mule CCID PDRM untuk melindungi daripada panggilan 'scam'.