awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati dengan tawaran kerja di luar negara - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
22/09/2022
05:12 MYT
Hati-hati dengan tawaran kerja di luar negara - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah berhati-hati sekiranya anak mereka mendapat tawaran bekerja di luar negara. - Gambar fail BERNAMA
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah berhati-hati sekiranya anak mereka mendapat tawaran bekerja di luar negara.
"Langkah berhati-hati tersebut adalah bagi mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjadikan golongan muda sebagai sasaran mereka," titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UniMAP hari ini.
Perkara tersebut perlu diambil perhatian memandangkan kes penipuan kerja di luar negara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga pihak kerajaan melalui Kedutaan Besar atau Pejabat Konsulat terpaksa campur tangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang tertipu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan mereka yang mendapat tawaran kerja di luar negara supaya melakukan semakan secara teliti terlebih dahulu.
"Pastikan bahawa tawaran kerja itu adalah telus, tidak mencurigakan dan tiada unsur penipuan serta memastikan tawaran kerja yang diberikan itu adalah logik dari segi gaji dan elaun termasuklah aspek-aspek kebajikan yang lain," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP ke Laos dan Thailand baru-baru ini.
Menurut kenyataan tersebut, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM1,000 kepada Masjid Mirasuddeen yang terletak di Soi 20 Silom Road, Bangkok, Thailand.
Baginda berkenan menunaikan solat di masjid tersebut ketika singgah di ibu negara Gajah Putih itu sebelum pulang ke tanah air. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#sindiket penipuan
#kerja di luar negara
#UniMAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan